Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 7, 2021 @ 5:33pm

Nak Anak Pertama Baby Girl Ke Baby Boy? Ini Jawab Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa, 32, mengakui dia dan suami, PU Riz atau Haris Ismail, 26, tidak meletakkan sebarang sasaran jantina bayi sekiranya mereka dikurniakan dengan anak sulung selepas ini.

Menurut pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini, sama ada anak lelaki atau perempuan, perkara terbabit adalah ketentuan yang sudah diaturkan Allah.

“Kalau ditanya kepada sayalah kan… Misalnya dengan kawan-kawan yang sudah ada ada anak perempuan, impikan anak lelaki pula, begitu juga sebaliknya.

@tontonmy_Lofa nak baby girl ke baby boy? Nak baca berita penuh, klik link di bio! ##tontonmy ##fyp ##xtra ##tontonxtra ##lofa ##neelofa ##neelofapuriz ##artismalaysia♬ original sound – Tonton Xtra

“Pada saya pula, saya tak kisah. Sebab anak lelaki atau perempuan, itu semua adalah rezeki dan susunan Allah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalaulah Benarlah Desas-Desus Itu…” – Neelofa Jawab Spekulasi Kehamilan

Dihimpit dengan spekulasi yang mengatakan dirinya sedang hamil, bekas pengacara rancangan Nona ini juga menjelaskan dia dan Haris tidak terlalu memikirkan soal zuriat kerana masih baru dalam alam perkahwinan.

“Sejujurnya, saya dan suami tak pernah tertekan atau berbincang terlalu serius mengenai soal zuriat atau anak kerana kami pun baru sahaja bernikah pada Mac lalu, jadi, semuanya masih baru dan masih lagi dalam proses mengenali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Bukan kami sahaja, orang lain pun mesti teruja dan keluarga saya pun mendoakan, menunggu juga hal yang sama. Apa pun, doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya.

Neelofa dan suami ditemui di Majlis Pengagihan Bakul Kasih Prihatin MAIWP di Surau Al-Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil pada Rabu.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad ini dianjurkan oleh Program Kasih PRIHATIN-MAIWP hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pertubuhan Kasih Neelofa.

Ia memberi manfaat terhadap 2,000 penerima yang layak di bawah kategori asnaf serta 1,000 lagi penerima yang layak telah menerima zakat daripada Bank Rakyat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 25 Aug 2020
Hiburan Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Dulu Dengan Nelydia Sama-Sama TTC, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak” – Aprena Manrose

Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 sebelum pasangan itu sah bercerai pada Jun 2025

Trending Tue, 30 Apr 2019
Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Isteri Menanti Hari Nak Bersalin, Sufian Suhaimi Sedia Mental Jadi Bapa

Sufian mengakui masih berasa berdebar memandangkan pengalaman pertama bergelar bapa bukan sesuatu yang mudah

Trending Sun, 20 Dec 2020
Featured Mon, 19 Mar 2018

Kongsi Teaser Muzik Video Lagu Comel Pipi Merah. Alahai Sweet Sangat Tok Ti…

Pastinya pada saat ini seluruh peminat penyanyi kesayangan ramai ini teruja dan tidak sabar untuk menanti wajah puteri comel yang dilahirkan seberat 3.55 kilogram itu.

error: Content is protected !!