Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 9, 2021 @ 4:20pm

“Sakit Betul Hati Aku! Ni Bagi Video Goyang-Goyang, Bergegar Apa Ni!” – Elly Mazlein Bengang Peniaga Bagi Iklan L*cah

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom mengakui terkilan dengan sikap segelintir peniaga yang ingin menjual produk masing-masing.

Menurutnya, kaedah pemasaran (marketing) biarlah elok dan tidak mempunyai unsur-unsur lucah sehingga boleh mengaibkan dirinya dan wanita diluar sana.

Perkara itu dikongsi Kak Lina menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Jumaat.

“Ni nak cakap sikit, sakit betul hati aku. Sesiapa yang nak  jual product, jual lah betul-betul. Marketing eloklah sikit.

“Ni bagi video goyang-goyang buah dada lah, wanita bertudung joget-joget bergegar, apa benda ni?

“Maruah pergi mana, Tak tahu malu ke? Jangan bagi aku iklan bingai macam ni ya. Shame on you. Booo,” tulisnya.

Selain itu, hos program realiti nyanyian, Lagu Cinta Kita ini turut menegaskan bahawa tidak akan menerima mana-mana iklan yang yang disifatkan bingai untuk tujuan review dan sebagainya.

Terdahulu, isu melibatkan pemasaran produk berserta unsur-unsur lucah ini mendapat respon dari beberapa pendakwah terkenal tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Ada Siapa Berani Buat Kerja Tuhan, Tapi Ramai Yang Berani Lawan Tuhan!” – Ustazah Asma’ Respon Isu Marketing L*cah Kak KM

ARTIKEL BERKAITAN:“Duit Tak Berkat? Kau Jangan Ambil Kerja Tuhan!”- Kak KM Bengang, Siap Beri Amaran Buat Pendakwah Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Dec 2019

Rupanya Isa Khan Lamar Risteena November Lepas…Tahniah!

Terjawab sudah, tahniah Isa & Risteena!

Hiburan Thu, 8 Aug 2024
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Trending Tue, 29 Sep 2020

Dua Lagi Pelajar Disahkan Positif Covid-19

Langkah keselamatan perlu ditingkatkan

Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Tue, 6 Sep 2022
Events Wed, 11 Dec 2024

Dilantik Duta Eksklusif Usanita Entertainment, Fattah Amin & Sophia Albarakbah ‘Bersatu’ Dalam Drama Arahan Erma Fatima

‘Aku Cinta Dia’ yang juga menampilkan pelakon hebat, Fattah Amin dan Sophia Albarakbah.

error: Content is protected !!