Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 20, 2021 @ 1:23pm

“Kita Lebih Disarankan Kongsi Mengenai Kelahiran Berbanding Kehamilan” – Neelofa Tak Ada Rancangan Nak Buat Pengumuman

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa masih berteka-teki mengenai status kehamilannya.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 32, ini mengakui dirinya takut untuk mengulas lanjut mengenai perkara ini.

“Baru-baru ini, ketika saya bercuti di Langkawi bersama suami, saya bertemu dengan ramai peminat. Mereka boleh menilai sendiri keadaan saya.

“Saya tak ada perancangan untuk membuat apa-apa pengumuman, apa yang saya boleh katakan, saya amat perlukan doa semua.

“Saya nak cakap lebih-lebih pun takut. Saya perlukan doa yang baik, kata-kata yang positif. Perkara ini sangat sensitif, ada sesetengah orang anggap ia biasa, orang lain pula ia sensitif.

“Jadi, kalau yang nampak saya berbeza tu, berbezalah. Siapa yang nampak saya sama, samalah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalaulah Benarlah Desas-Desus Itu…” – Neelofa Jawab Spekulasi Kehamilan

Terdahulu, desas-desus mengenai kehamilan Neelofa yang berkahwin dengan PU Riz pada 27 Mac lalu bertiup kencang semenjak akhir-akhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik Pegang Perut, Betul Ke Neelofa Kini Hamil?

Dalam pada itu, Neelofa juga memohon doa semua jika ada pihak bertanyakan mengenai perihal kehamilan.

“Kalau saya boleh berkongsi mengenai bab kehamilan atau mendapat cahaya mata ni kan, kita lebih disarankan untuk berkongsi mengenai kelahiran berbanding kehamilan. Itu lebih baik.

“Apa-apa boleh terjadi sepanjang proses tersebut. Jadi itu adalah sebabnya saya lebih suka memohon doa yang baik-baik jika ada orang bertanya atau terjumpa saya,” katanya lagi.

Neelofa ditemui di majlis menandatangani kerjasama antara TH Travel dan aplikasi TheNoor di Kelana Jaya sebentar tadi.

TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) dan aplikasi TheNoor telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk menawarkan pelancongan patuh Syariah kepada pengguna aplikasi tersebut.

Pengguna TheNoor setakat in sudah mencapai hampir 5 juta pengguna dalam masa sembilan bulan sahaja.

Melalui pemeteraian perjanjian ini, TheNoor akan menjadi sebuah aplikasi pertama yang menawarkan pelancongan patuh syariah secara menyeluruh yang disediakan oleh THTS.

Kerjasama antara THTS dan TheNoor melalui MOU akan menggalakkan hubungan perniagaan dan menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan halal secara global.

Pengguna aplikasi TheNoor kini dengan yakin dapat memilih pakej Haji, Umrah dan pelancongan hanya dihujung jari; semuanya di dalam aplikasi TheNoor.

Turut hadir di majlis terbabit adalah Ketua Pegawai Eksekutif THTS, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Mar 2023

“Happy Birthday To Me!” – Syamsul Yusof Enggan Lafaz Cerai, Puteri Sarah Dedah Ibu & Bapa Mentua Ingin Jadi Saksi

Menurut Sarah, Yusof dan Patimah sentiasa berada di sisinya dan tahu apa yang berlaku antaranya dan Syamsul.

Hiburan Tue, 10 Dec 2024
Trending Tue, 28 Aug 2018

6 Absolutely True Signs That Merdeka is Near

You can count in Malaysia Day too at this rate.

Trending Wed, 20 Apr 2022

“Beraya Dengan Dia Masa Susah Tu Paling Saya Ingat” – Shuib Menangis Terkenang Memori Ramadan & Raya Bersama Arwah Siti Sarah

Shuib masih sukar melupakan kenangan bersama arwah isteri kerana sering melakukan aktiviti bersama-sama.

Featured Fri, 19 Aug 2022

Pelakon Lelaki Meningkat Naik Didakwa ‘Kaki Perempuan’ & Dadah, Terlibat Jenayah Rog*l Gadis Bawah Umur?

Mak aii semua jenayah berat dia tapau eh 👀 Siapa eh agak-agak pelakon lelaki tu? 🤔

Trending Wed, 18 Nov 2020
Trending Fri, 26 Oct 2018

“Jangan Klik Pautan Minta Kemaskini Info Bank” – Ketua Polis

Orang ramai supaya peka dan tidak sama sekali klik sebarang pautan melalui emel atau pesanan ringkas yang meminta pengguna untuk mengemaskini maklumat bank.

Featured Fri, 21 Feb 2025

Imran Bard Respons Tuntutan Ellie Suriaty Minta Ibu Bapa Minta Maaf – “Saya Hormat Dia Sebagai Orang Tua”

Katanya, dia masih menghormati Ellie sebagai seorang yang lebih tua apatah lagi dia merupakan seorang artis legenda.

error: Content is protected !!