Featured By: Salma Syahbuddin October 28, 2021 @ 5:15pm

“Saya Menangis Tengok Video Ni…”- Perkongsian Wanita OKU Ini Undang Sebak, Kecewa Hak Istimewa Diabaikan

Pastinya perkongsian wanita ini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan teguran buat manusia normal seperti kita. Mana taknya, kebiasaannya golongan orang kelainan upaya (OKU) seringkali menghadapi kesukaran terutamanya dalam melakukan aktiviti harian mereka.

Menerusi hantaran seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @aira_meor yang juga tergolong dalam kategori pekak dan bisu ini, beliau menzahirkan rasa kecewa apabila mengalami kesukaran ketika berada di kaunter pandu lalu atau drive-thru di sebuah restoran makanan segera terkenal di negara ini.

Menurutnya, hak  sebagai seorang OKU telah diketepikan kerana sebelum ini beliau difahamkan pernah membuat pesanan melalui drive-thru yang sama dan dilayan dengan baik oleh krew bertugas.

Namun, berlainan pula kali ini apabila staf yang bertugas tidak dapat membantunya walaupun telah menunjukkan pesanan yang telah dibuat wanita terbabit.

“Assalamualaikum saya nak kongsi sikit dengan semua, saya bukan nak viralkan atau komplain. Sebenarnya saya kecewa.

“Tadi saya pergi masuk drive thru KFC, tapi saya rahsiakan tempat demi menjaga imej dan krew mereka.

“Semasa masuk drive thru, skrin cakap nak apa tapi saya tak boleh dengar dan cakap. Tiba-tiba staf lain suruh saya pergi kaunter dalam KFC.

“Saya pekak kena pergi kaunter KFC semula?” jelasnya.

Naik taraf perkhidmatan mesra OKU

Kelihatan sebak ketika berkongsi perkara tersebut, @aira_meor menyarankan agar restoran makanan segera di negara ini dapat menaiktaraf perkhidmatan agar ‘mesra OKU’ kerana apa yang dihadapinya ini sangat menyusahkan.

Malah, warganet juga rata-ratanya bersetuju dengan saranan yang diberikan @aira_meor agar pihak terbabit menaiktaraf kemudahan buat golongan ini.

Perkongsian Aira dengan kapsyen Deaf Awareness part 3 ini telahpun di tonton sebanyak 562,000 kali di TikTok dengan mendapat lebih 82,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Rabu.

@aira_meorSy kecewa sikit buat kali 2. Xpe sy merayu pihak KFC HQ menaik taraf screen utk Pekak. ##kfc ##tiktokmalaysia ##bahasaisyaratmalaysia ##fyp ##deafawarness♬ Sadness – Official Sound Studio

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 Dec 2022
Trending Thu, 1 Feb 2018

从萤幕走出来的「真人版」卡通!

在现实生活中,常有素人跟艺人明星、运动员等公众人物「撞脸」的趣闻,鲜少有人长得像虚拟世界中的卡通人物。如果当你走在路上看到「真人版卡通人物」,你能掩饰心中的激动与雀跃吗?会主动上前要求合照吗?

Featured Tue, 24 Aug 2021
Hiburan Sun, 16 Dec 2018

Sufie Rashid Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Tahniah Sufie Rashid & Ain. Semoga segala urusan persiapan menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan.

Events Thu, 26 Dec 2019
Hiburan Mon, 5 Mar 2018

“Orang Lain Yang Sedap, I Plak Yang Kena” – Rita Rudaini Rimas

Rimas dengan komen berkaitan Izreen Azminda, Rita sekaligus memaklumkan bahawa dia langsung tidak mengambil kisah tentang kehidupan orang lain lantas merasa bengang kerana beliau sendiri tidak mempunyai kaitan dengan isu tersebut

Trending Mon, 15 Oct 2018

Siling Hotel Roboh, Pekerja Bangladesh Jatuh Dari Ketinggian 40 Kaki

Mangsa yang jatuh dari ketinggian 40 kaki itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala.