Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 2, 2021 @ 2:20pm

Kes Bunuh Zulfarhan, Kesemua 18 Pelajar UPNM Didapati Bersalah, 6 Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati

Seramai enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini terlepas hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi,  Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu pada Selasa berkata, enam tertuduh didapati bersalah kerana menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Mereka yang sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, kini disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu juga memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

6 Tertuduh dipenjara 18 tahun

Enam tertuduh berusia 25 tahun itu dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada Selasa.

Mereka terdiri daripada, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Dalam pada itu, lima daripada enam tertuduh (kecuali Mohamad Shobirin) dikehendaki menjalani hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Sementara itu, mahkamah juga menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap 12 yang lain kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Mahkamah memerintahkan hukuman tersebut dijalankan bermula hari ini.

Sumber/Kredit foto : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Featured Fri, 30 Sep 2022

Sering Terima ‘Mesej Layang’ Gara-Gara Kongsi Foto Bersama Lelaki, Ashira Akui Masih Sedar Diri -“Jujur Itu ‘Crush’ Saya…”

Selepas berita mengenai perceraiannya bersama penyanyi, Bad Indigo mengejutkan ramai pihak, penyanyi Ashira Aziz mendedahkan dirinya sering menerima mesej layang apatah lagi baru-baru ini dia ada memuat naik foto bersama bekas kekasih. Menerusi hantaran yang […]

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Wed, 6 May 2026

Berjuang Selama Tiga Tahun, Fatin Afeefa Luah Rasa Syukur Tuntutan Nafkah Bulanan Anak Dinaikkan

Fatin Afeefa meluahkan rasa lega dan syukur apabila kes tuntutan nafkah bulanan membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia terhadap bekas suaminya, aktor, Adam Shahz dapat dinaikkan

Hiburan Tue, 21 Jun 2022
Selebriti Sun, 8 Oct 2023

Letak Emoji Hati, Naim Daniel & Iman Troye Bercinta?

Sepadan jugak kalau betul diorang bercinta 😍

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Hiburan Tue, 22 Oct 2019

Pertama Kali Tukar Lampin Anak, Kaka Azraff Tak Dapat Tahan Rasa Bangga!

Penyanyi Kaka Azraff tidak dapat menahan rasa bangganya apabila suaminya, Adam Azriff berjaya menukar lampin cahaya mata sulung mereka, Aslan dan dia telah berkongsi dengan peminatnya dengan memuat naik video yang dirakamkan di akaun Instagram.  […]

error: Content is protected !!