Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 6, 2021 @ 12:00am

Alahai! Kerana Salah Cakap Perkataan ‘Closing’, Video Gadis Ini Trending, Siap Cecah 1 Juta Tontonan Lagi

Isu kematian Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Terbaharu, sebuah video Instagram Live seorang gadis tular di media sosial selepas ulasan beraninya mengenai kes kematian Allahyarham Zulfarhan diciap semula oleh warganet di laman Twitter.

Menerusi video berdurasi 2:20 minit itu, gadis tersebut menjelaskan beliau sebenarnya tahu perkara sebenar yang menimpa Zulfarhan dan mengakui rapat dengan salah seorang tertuduh.

Bagaimanapun, dia tidak mahu mengulas lanjut perkara berkenaan memandangkan tertuduh telahpun dijatuhi hukuman oleh pihak Mahkamah.

“Family dia dgn family kitorang… Closing? Tersembur burger”

Bukan itu sahaja, akibat terlampau asyik bercakap menerusi IG Live, kakak kepada gadis yang dikenali sebagai Nurul Najiha itu tanpa disedari tersilap menggunakan perkataan yang tepat dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada perkataan dekat atau ‘close’ dengan salah seorang keluarga tertuduh.

Siapa sangka gara-gara kesilapan tersebut, perkataan ‘closing’ menjadi sohor kini di laman sosial!

Selain itu, video tersebut juga kini telahpun menerima lebih dari 1 juta tontonan dan telah diulang kicau sebanyak 13,000 kali sejak ia dimuat naik pada Khamis.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Apr 2025

Nikki Palikat Curah Perih Dalam ‘Malam Nestapa’

Nikki Palikat sedia menyahut cabaran apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu OST Filem Gayong ini.

Trending Sun, 10 Dec 2017

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

“Satu Tuduhan yang Tidak Benar, Dusta, Palsu dan Fitnah” McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

Hiburan Tue, 10 Dec 2024
Featured Thu, 20 Jun 2024
Trending Wed, 16 May 2018

GST Pada Kadar Sifar Bermula 1 Jun

Pengumuman itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan arahan supaya kutipan GST dihentikan.

Eat Travel Sat, 2 Feb 2019

Kekangan bajet untuk bercuti? Jom bergembira di 99 Wonderland Park, Jimat! 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini!  

error: Content is protected !!