Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 14, 2021 @ 8:33am

Buat Kejutan Umum Nikah Jumaat Depan, Gadis 19 Tahun Pilihan Haqiem Rusli

Penyanyi Haqiem Rusli membuat kejutan di pentas Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) dengan mengumumkan tarikh dia menamatkan zaman bujang ketika berucap selepas kemenangannya menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Memilih gadis berusia 19 tahun, Haqiem bakal menamatkan zaman bujang pada Jumaat hadapan, 19 November 2021.

“Syukur Alhamdulillah atas kemenangan ini. Saya mahu mengumumkan sesuatu. Insya-Allah, saya bakal mendirikan perkahwinan pada minggu depan, 19 November. Jadi, saya mohon doa yang baik-baik.

“Saya bakal bernikah pada waktu petang dan malamnya pula resepsi kecil-kecilan akan diadakan mengikut prosedur. Persiapan semuanya dah dibuat dan saya rasa agak gementar,” katanya.

Mengakui penyatuan mereka bakal melengkapi hidupnya, Haqiem mendedahkan gadis itu merupakan rakan bisnesnya.

“Dia merupakan rakan bisnes saya di Santhai D’Village. Dia bos besar, manakala saya pula hanya duta sahaja pada mulanya. Apabila kami berkenalan dan berjumpa, apa salahnya kami sama-sama berbisnes menjadi rakan kongsi.

“Akhirnya, kami mula rapat dan rasa itu timbul. Saya sangat menyenangi personaliti dia. Dia melengkapi saya dan banyak mengubah saya ke arah kebaikan,” katanya.

Mempertahankan kemenangan kategori Penyanyi Lelaki Popular, Haqiem berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong.

“Biarpun sebelum ini saya sudah memberitahu yang saya bakal berkahwin, mereka tetap menyokong saya. Ini menjadi tanda yang mereka memberi sokongan terhadap karier saya tak kiralah apa status saya. Terima kasih atas budi baik peminat yang tak putus-putus memberikan sokongan,” katanya lagi.

Foto: Instagram TV3 & Rizman Ruzaini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Oct 2019
Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Hadiah Lebih RM700,000 Jadi Rebutan, ‘Tonton Non Stop, On Top!’ Sudah Tarik Hampir 1,000 Peserta

Baru beberapa hari dilancarkan, kempen Tonton Non Stop, On Top! sudah berjaya menarik hampir 1,000 peserta yang kini aktif mengumpul mata untuk merebut pelbagai hadiah lumayan.

Trending Sat, 2 May 2020
Featured Mon, 9 Feb 2026
Featured Mon, 12 Sep 2022

[VIDEO] “Ini Yang Ditunggu!” – Netizen Teruja Anna Jobling Tersasul Panggil Meerqeen ‘B’

Tepi sikit, pasangan bahagia nak lalu ni hehe 🤪 Bersemut timeline min semalam tengok MeerNa dekat Terpaling Juara! 🥰🥰

error: Content is protected !!