Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah November 17, 2021 @ 11:26am

Ikon Hijab Hana Tajima Tampil Dengan Imej Nampak Rambut, Akui Hadapi Tekanan

Pernah menjadi inspirasi buat ramai wanita untuk berhijab suatu ketika dahulu, Hana Tajima baru-baru ini mendedahkan imej baharunya yang menampakkan sebahagian rambut menerusi perkongsian di Instagram pada Ahad.

Menurut Hana, dia mulai faham mengapa ‘role model’ hijab di media sosial berhenti memakai tudung disebabkan oleh tekanan dan pemerhatian dari ramai orang yang sentiasa mahukan kesempurnaan.

Hana yang merupakan pereka fesyen di England menjelaskan bukan mudah untuk berhijab di negara yang mempunyai stigma terhadap pemakaian hijab dan dia akui menghadapi kesukaran untuk mebawa imej bertudung.

“Bila saya tutup rambut saya, saya tak selalu tutup telinga atau leher saya. Saya bukan selalu menutup rambut saya dengan sempurna,” jelas Hana.

 

View this post on Instagram

A post shared by Hana Tajima (@hntaj)

Namun, gadis kacukkan Inggeris-Jepun ini berkata dia masih cintakan tudung dan dia sedang belajar untuk cintakannya dengan lebih lagi apabila ia sudah tidak kelihatan seperti kostum baginya.

“Saya tidak tinggalkan tudung, saya cintakannya. Tapi saya memahami betapa sukarnya untuk kekalkan imej yang sentiasa orang harapkan tidak kisah jika awak seorang ‘influencer’, kakak atau hanya seorang yang memakai hijab di tempat awam,” balas Hana terhadap satu komen yang ditinggalkan oleh pengguna Instagram.

Hana kemudiannya menyusuli perkongsiannya itu pada hari Isnin dengan berkongsi video penjelasan tentang pengungumannya pada Ahad.

Hana memberitahu sepanjang tiga tahun yang dilalui ini hampir membunuh dirinya kerana dia menghadapi dengan banyak kehilangan, isu saraf, depresi dan beberapa penyakit kronik yang membuatkan dia ingin menjadi lebih terbuka.

“Saya cuma ingin menjadi lebih jujur dan jika saya buat memakai tudung ini nampak mudah, maka saya sudah gagalkan anda dan saya minta maaf kerana ia bukan mudah,” jelas Hana.

 

View this post on Instagram

A post shared by Hana Tajima (@hntaj)

Walaupun begitu, Hana tidak sepenuhnya mendedahkan rambutnya dan dia masih tampil dengan skaf yang diikat separuh diatas kepala.

Penampilan fesyen Hana Tajima telah menjadi inspirasi kepada ramai wanita seluruh negara termasuk Malaysia kerana membawa imej fesyen wanita islam kontemporari mengikut perkembangan zaman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Tue, 26 Jun 2018

10 Jenis Makanan Ini Dipotong Dua, Hasilnya Sungguh Menakjubkan!

Agaknya bagaimana rupa makanan dalam kotak atau tin yang dipotong dua?

familuv Tue, 5 May 2020

The Rock didera anak perempuan

Sanggup nyanyikan lagu sama beribu kali demi anak

Featured Sat, 1 Dec 2018
Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Hadiah Lebih RM700,000 Jadi Rebutan, ‘Tonton Non Stop, On Top!’ Sudah Tarik Hampir 1,000 Peserta

Baru beberapa hari dilancarkan, kempen Tonton Non Stop, On Top! sudah berjaya menarik hampir 1,000 peserta yang kini aktif mengumpul mata untuk merebut pelbagai hadiah lumayan.

error: Content is protected !!