Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 24, 2021 @ 2:04pm

“Terima Kasih Kak Ana 16 Tahun Dengan Kami” – Sebaknya! Satu Keluarga Menangis Tak Sanggup Lepaskan Pembantu Rumah

Ramai rakyat Malaysia menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing untuk meringankan beban menjaga anak, menguruskan rumah dan sebagainya.

Namun, sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembantu rumah itu ikhlas dan telus, malah lama kelamaan ia pasti mencuri hati majikan.

Begitulah kisah menyayat hati mengenai seorang pembantu rumah warga Indonesia yang telah berkhidmat selama 16 tahun.

Malah, anak-anak di rumah majikannya yang sudah menganggap pembantu rumah itu sebagai ibu akan pulang ke tanah air.

@aimanashraf8

Terima kasih kak ana 16 tahun dengan kami jaga makan minum kami 😭 kami semua syg kak ana mcm ibu kami sendiri🤍 #fypシ #foryou #foryoupage

♬ original sound – razmieg6 – razmieg6

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @aimanashraf8, memaparkan seisi keluarga menghantar pembantu rumah tercinta, Kak Ana ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia.

“Selamat pulang Kak Ana. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa Kak Ana.

“Semoga kita berjumpa lagi InsyaAllah semoga Allah SWT lindungi Kak Ana dan sekeluarga di Indonesia,” katanya dalam perkongsian video itu.

Apa yang membuatkan netizen terharu ialah tindakan setiap orang yang memeluk Kak Ana sambil menangis dapat menunjukkan betapa kuatnya kasih sayang mereka selama 16 tahun hidup bersama.

“Terima Kasih Kak Ana 16 tahun dengan kami, jaga makan minum kami. Kami semua sayang Kak Ana macam ibu kami sendiri,” tulis kapsyen dalam video itu.

Lebih menyedihkan apabila luahan hati dari salah seorang keluarga yang merakamkan penghargaan kepada Kak Ana yang menjaganya sejak kecil hingga memiliki anak sendiri.

“Majikan yang baik & pekerja yang jujur” – Netizen

Melangkah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sedih melihat kasih sayang mereka seakan tidak ingin berpisah.

Malah, ada yang mengatakan apabila keluarga majikan melayan dengan baik, maka pembantu rumah juga akan melayan mereka dengan baik seperti keluarga sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 2 Nov 2018

Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Ketika Melancong Jika Tak Nak Dianggap Kurang Ajar

Sebelum ke negara lain, belajar tentang adatnya dulu.

Trending Tue, 4 May 2021

Nak Shopping Raya? Mudah Je Dengan ‘Jom Heboh Di Rumah’… Jangan Lupa Saksikan Malam Ini!

Jom Heboh Di Rumah (JDHR), kembali mewarnai kaca TV anda selama 2 hari bermula malam ini, 4 Mei 2021 dan esok, 5 Mei 2021 ini. Tahun ini JHDR bergabung dengan platform e-dagang terulung Asia Tenggara, […]

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Terbaiklah! Kak Lina Pom Pom Disambut Meriah Di Kuala Krai

Dia sekeluarga juga meluangkan masa selama lebih dua jam untuk beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Hiburan Fri, 19 Sep 2025
Featured Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Wed, 13 Aug 2025
Trending Mon, 22 Oct 2018

Tempoh Reman Suspek Langgar Lari Disambung

Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.

Hiburan Thu, 6 Jun 2024

Saluran Jantung Tersumbat 99%, Azlee Senario Jalani Pembedahan Pasang Stent… Keadaan Kini Stabil

Alhamdulillah dah stabil, semoga cepat sembuh seperti sedia kala ❤️

error: Content is protected !!