Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 26, 2021 @ 6:33am

“Perlu Tahu Beza Kritikan & Hinaan” – Ini Respons Syamsul Yusof Mengenai Pengkritik Filem

“Semua orang boleh kritik, tapi kena ada ilmu. Perlu tahu bezakan kritikan dan hinaan,” begitulah kata-kata pelakon dan pengarah prolifik, Syamsul Yusof, 37, mengenai kehadiran pengkritik filem yang muncul menghangatkan industri hiburan tempatan.

Mengalu-alukan kehadiran pengkritik filem dalam kalangan YouTuber, anak kepada penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam ini mengingatkan agar golongan terbabit perlu mempunyai ilmu.

“Saya sudah lama mengarah. Saya daripada generasi sebelum ini lagi dan ramai yang seangkatan saya sudah memperlahankan kerjaya. Sama juga dalam kritikan filem, orang bercakap filem pun sudah berbeza. Apatah lagi sekarang era media sosial dan semua perkara nak komen. Bagi saya tak salah, tapi kena sesuai atau tidak.

“Nak kritik kena bijak. Kalau orang tidak suka filem saya, okay saja. Apa yang penting saya puas. Saya juga tidak boleh puaskan hati semua orang. Saya bukan nak cakap saya bagus, tapi saya ada ilmu sendiri. Seseorang yang berjaya, pasti ada yang tak suka atau ‘haters’, itu perkara biasa. Jadi kuatkan mental dan fokus pada karya,” katanya.

Syamsul merupakan pemenang trofi Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM 23) iaitu pada usia 25 tahun menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Syamsul turut mengulangi kejayaan sama pada FFM 24 menerusi filem KL Gangster dan FFM 28 bagi filem Munafik.

Lebih membanggakan, Syamsul juga memenangi Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-57 menerusi filem Munafik.

Filem arahannya, Munafik 2 menjadi filem tempatan nombor satu apabila meraih kutipan mencecah RM48 juta.

Dalam pada itu, Syamsul turut mendedahkan dia begitu menggemari hasil tangan pengarah terkenal seperti Kabir Bhatia, Erma Fatima dan Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

“Kalau nak kata siapa pengarah yang saya suka antaranya Khabir Bhatia, Erma Fatima dan Shuhaimi Baba. Nak menjadi pengarah bukan mudah. Kak Erma mengarahkan filem Embun. Begitu juga dengan filem sentuhan Shuhaimi Baba. Saya tabik mereka sebagai pengarah wanita.

“Kalau mereka boleh buat, takkan saya tak boleh. Jadi, mereka antara pengarah hebat yang saya suka dan saya sudah kaji filem mereka. Saya mengkaji banyak cabang. Saya bukan jenis yang tengok sekejap saja,” katanya.

Pengarah Munafik dan KL Gangster itu berkongsi perkara terbabit pada sesi Instagram (IG) Live menerusi topik Persediaan Menjadi Pengarah Tanpa Gagal.

IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ini dikendalikan moderator Nik Syafiq dan Aswad Jalil diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang bakal berlangsung pada 10 Disember ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Oct 2018

Video Kanak- Kanak Digilis Van Curi Tumpuan Netizen

Pemandu van berusia 48 tahun telah membawa mangsa ke klinik berhampiran dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Events Fri, 3 Apr 2026

UTV Tembusi Skrin Televisyen Dengan 30 Juta Tontonan, Gandingan Bella Astillah & Syed Saddiq Dalam Telefilem Bakal Jadi Taruhan?

Platform penstriman tempatan, UTV terus mengorak langkah apabila ia kini boleh diakses menerusi layar skrin televisyen, sekali gus membawa pengalaman baharu terus kepada penonton dan peminat telefilem tempatan.

Featured Sat, 4 Dec 2021

Gara-Gara Tegur Berkaitan Hutang, 4 Sekeluarga Ditetak

Polis mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes menetak empat sekeluarga di sebuah ladang di Kampung Cahaya Baru, Beluran, Sandakan pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mereka merupakan anak […]

Featured Mon, 9 Feb 2026

Public Health Malaysia Tegas Ibu Tunggal Bukan Bahan Lawak

PHM menegaskan ibu tunggal bukan bahan jenaka apatah lagi jika ia menyentuh soal tubuh, maruah dan isu seksual.

Acara Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Sat, 24 Dec 2022
Hiburan Fri, 3 Jan 2025

Yana Samsudin Terkejut Nama Suami Kena Petik, Dikaitkan Dengan Isu D*dah Ketika Tunai Umrah

Yana Samsudin terkejut nama suaminya, Fadzil Zahari kena petik sebagai selebriti yang ditahan pihak berkuasa kerana memiliki dadah.

Featured Wed, 23 Mar 2022
error: Content is protected !!