Hiburan By: Padin November 28, 2021 @ 1:46pm

“Walau Apa Jua Cabaran, Suami Tetap Ada Dengan Saya” – Yana Samsudin Dedah Pernah Tolak Rombongan Merisik Fadzil Zahari

Pelakon dan pengarah Yana Samsuddin mendedahkan dia pernah menolak rombongan merisik suaminya, pelakon dan penerbit Fadzil Zahari.

Mengenang semula memori sebelum mereka mendirikan rumah tangga, Fadzil sanggup menanti Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin, 37, yang mahu melunaskan tanggungjawab kepada keluarga sebelum mereka berkahwin.

“Sebenarnya saya tahu yang Fadzil dah lama menaruh hati dengan saya. Fadzil juga pernah menghantar rombongan merisik ke kampung saya di Johor, tetapi pada masa itu, saya tolak pinangan dia.

“Ketika itu, banyak perkara yang perlu saya lunaskan. Saya simpan hasrat nak beli rumah untuk keluarga. Pada masa itu pun, saya tak ralat biarpun hanya menggunakan kereta Kelisa untuk ke sana sini.

“Pada saya, biarlah orang lain menukar kereta dan membeli kenderaan baharu, tetapi biar saya setia dengan kereta yang lama kerana banyak benda yang saya impikan. Syukur sangat-sangat kerana kini semuanya sudah saya tunaikan.

“Masuk sahaja usia saya 30 tahun, barulah saya memikirkan mengenai diri sendiri dan akhirnya saya berkahwin dengan Fadzil pada tahun 2015 di usia 31 tahun. Saya rasa sangat bersyukur dan bertuah kerana walau apa saja cabaran, suami tetap ada dengan saya,” katanya.

Bercerita mengenai kerjaya, Yana mengakui lebih selesa untuk terlibat dengan dunia belakang tabir tetapi rezekinya lebih banyak dalam dunia lakonan dan pengacaraan.

“Saya bermula dalam dunia hiburan seawal usia 17 tahun. Ketika itu, saya menjadi penyanyi bagi soundtrack filem Mami Jarum. Kemudian saya bekerja di Metrowealth International Group (MIG) di bahagian suntingan maka disitulah bermula segalanya. Pada masa yang sama, saya melanjutkan pelajaran dalam bidang perfileman.

“Saya suka dengan dunia belakang tabir tetapi rezeki lebih terarah kepada kerjaya di hadapan kamera. Pengalaman manis tentunya apabila saya diberi peluang untuk menjadi pengarah termuda pada usia 23 tahun. Ketika itu, saya mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta lakonan Que Haidar, Nur Fazura, Sharifah Amani dan Pierre Andre,” katanya.

Yana berkongsi perkara terbabit pada sesi Instagram (IG) Live menerusi topik Persediaan Menjadi Pengarah Tanpa Gagal.

IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ini dikendalikan moderator Nik Syafiq dan Farhan Ikram diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang bakal berlangsung pada 10 Disember ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

《不要玩啦》演员阵容鼎盛!毕书尽、张立昂惊喜演出

单元剧《不要玩啦》演员阵容大公开!毕书尽、张立昂惊喜演出。

Featured Sun, 26 Apr 2020
Featured Tue, 12 Apr 2022
Events Tue, 18 Feb 2020

Awesome! Sham Visa Singkir 5 Penyanyi Bersuara Sumbang

Agaknay artsi minggu hadapan terer tak macam abang sham kita? Tungguuuu…

Hiburan Tue, 7 Mar 2023

Bapa Abby Abadi Meninggal Dunia

Innalillahiwainnailaihiraji’un

Featured Thu, 2 Mar 2023
Trending Fri, 7 Aug 2020
Trending Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Tue, 28 May 2019

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Korang dah tengok ke belum iklan ‘Hero Setulus Ikhlas’?