Hiburan By: Padin November 27, 2021 @ 1:51pm

“Darah Tak Berhenti Keluar, Susah Nak Tidur” – Gangguan Misteri Jadi Punca Mawi Pernah ‘Hilang’

Penyanyi dan pengarah, Mawi mendedahkan dia pernah berhadapan dengan penyakit misteri sehingga membuatkan dirinya ‘hilang’ sebentar dari dunia seni.

Mengenang kembali kejadian yang berlaku sekitar tahun 2015, Mawi menceritakan yang insiden itu bermula dengan darah yang tiba-tiba keluar dari mulutnya.

“Kejadian itu berlaku ketika saya menggosok gigi. Apabila saya membuang bahan kumur dalam mulut, apa yang keluar adalah darah. Mula-mula, saya ingat yang gusi saya berdarah. Tetapi darah tetap tak berhenti keluar dengan banyak bila saya terus berkumur lagi.

“Apa yang saya hadapi semakin teruk apabila ia membuatkan saya susah nak tidur. Bila perkara itu terjadi, saya cepat-cepat ke hospital. Apa yang pelik, pemeriksaan kesihatan dilakukan tetapi doktor tak dapat mengesan apa-apa penyakit,” katanya.

Perkongsian Mawi itu dilakukan pada sesi Instagram Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Dalam sesi yang dikendalikan oleh bekas wartawan Melodi, Nik Syafiq dan bekas wartawan Muzik Muzik, Mohd Faris melalui akaun Instagram @wartawanhiburan (WHAM) itu, ia diadakan bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang bakal berlangsung 10 Disember ini.

Bercerita mengenai kerjayanya dalam bidang pengarahan, Mawi mendedahkan penglibatannya dalam dunia pengarahan adalah satu perkara yang tidak dirancang.

“Pada awalnya, saya memberanikan diri mengarah drama sebelum beralih kepada filem. Drama pertama arahan saya berjudul Ibu Pak Nil Kirim Salam. Skripnya adalah tulisan saya sendiri.

“Apabila dah siap skrip, masa nak cari pengarah saya terfikir saya dah buat skrip dan apa salahnya saya yang mengarah. Akhirnya saya mengarahkan karya tersebut bersama pengarah Jamal Khan. Dia yang banyak mengajar saya.

“Selepas itu, saya mula mengumpul ilmu dan mahu mengarah filem pula. Saya berkenalan dengan Syamsul Yusof dan banyak belajar dengan dia. Akhirnya, saya muncul dengan filem Tiada Tajuk yang bergenre komedi dan agama,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Fri, 15 Jul 2022

“Roger 7 Boyfriends Tu..” – Pasangan ‘Pelawak’ Minta Dana Awam RM40,000 Untuk Ikat Jamin, Reaksi Caprice Sangat Win!

Alamak, direct gitu je Cap bagi! Katanya, dana yang terkumpul setakat ini hanya RM3,000. Fuhh

Featured Fri, 11 Nov 2022

Selepas Berjaya Tamat Diploma Dengan Cemerlang, Irfan Haris ‘Nervous’ Nak Melamar Siapa Tu?

Fuhh, jangan Nervous, santai santai je. Meh kongsi Tips untuk Irfan Haris 🤩

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Tak Sabar Bawa Si Pipi Merah Beraya – Siti Nurhaliza

Pastinya sambutan aidilfitri kali ini buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza amat istimewa sekali

Hiburan Mon, 27 Nov 2017

PRINCESS SITI NURHALIZA?

Umum sedia maklum bahawa, Dato siti telah membuat imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya. Dan apa yang buat semua orang excited ialah, bayi tersebut merupakan bayi perempuan!

Hiburan Wed, 21 Feb 2024