Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 20, 2021 @ 2:00pm

Lagu Cinta Kita 3: Malhamka & Yuveena Gagal Ke Final, Ada Luahan Hati Di Sebalik Pintu? Jom Recap Separuh Akhir LCK3!

Minggu separuh akhir Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan Cinta OST berlangsung pada malam tadi.

Episod ketujuh ini telah menyaksikan lima pasangan merebut tempat ke pentas akhir iaitu Malhamka & Yuveena, Hariz & Wanie, Syafeek & Zazo, Pasya & Puteri serta Achik & Maria.

Dihoskan oleh Kamal Adli dan Ain Edruce, Mas Idayu dan Ajai duduk di kerusi juri tetap manakala Hael Husaini hadir sebagai juri jemputan.

Malah, episod ini turut menampilkan gandingan serasi persembahan jemputan iaitu Wany Hasrita dan Tajul yang membawakan lagu Nafas Cinta, nyanyian asal Khai Bahar dan Aina Abdul.

Jom recap persembahan peserta LCK3 di minggu ketujuh:

Malhamka & Yuveena

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pentas LCK3 membuka tirai dengan persembahan daripada pasangan ini menerusi lagu Mimpi.

Persembahan mereka kali ini berjaya memuaskan hati juri dengan mendapat pujian dari juri jemputan. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kesilapan dari segi teknik nyanyian.

Hael Hussaini: Saya puji persembahan ini sebab saya rasa pembahagian itu sangat bagus. Bukan senang untuk letak pembahagian lagu solo, jadi kredit kepada siapa yang arranged susunan ini. Untuk Malhamka, awak ini macam karakter dalam movie yang selalu macam awkward tapi dia hero.

Mas Idayu: Bukan Mummy nak yang sempurna tapi Mal part yang tinggi, ayat yang ‘ku cuba’ tu awak dah ada pitching dekat situ, lepas tu high notes awak tadi tu memang tak hit note dengan betul. Awak berdua punya harmonize tu bukan tak cantik, cantik… Tak tahu jika itu awak punya idea atau coach yang bagi, tapi awak buat tidak menarik bagi Mummy, ada pitching dekat situ, so tak cantik. Feel awak menjadi on and off.

 

Hariz & Wanie

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan ini menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris pertama mereka bertajuk I Want To Spend My Lifetime Loving You. Lagu ini berjaya membuatkan ketiga-tiga juri berdiri memberi tepukan kerana terpukau melihat persembahan mereka.

Mas Idayu: Tengoklah persembahan dia, awal-awal dia tarik bulu roma, bulu apa semua naik. Both of you, build up lagu ini dengan cantik sekali. Dinamik yang awak berikan kita dapat rasakan, feels, soul semua ada pitching semua terkawal.

Ajai: Comes to macam vibrato apa semua itu, ada certain vibrato yang irritating. Tapi bila kamu buat lagu ini, benda itu natural, faham tak. So dia dengar seiiring. Walaupun tadi dengan clips sebelum ini kamu cakap kamu belum cinta dia, tapi kamu suka dia. Walaupun tiada cinta tapi kamu dah letakkan cinta dalam lagu.

Syafeek & Zazo

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan ini menyelami perasaan mereka menerusi lagu Sedetik Lebih. Setelah dipersembahkan dengan persembahan hebat dari Hariz & Wanie sebelum ini, persembahan Syafeek & Zazo kali ini kurang menyerlah di hati juri.

Ajai: Penjiwaan bagus. Cuma matematik dari segi phrasing dan pitching. Zazo, pernafasan kamu bila dekat verse tu dia patutnya breathing tu nak kena tenang. Bila dah tak tenang dekat breathing tu dia kita nampak dekat low register tu jadi shaky. Ada certain dekat harmoni tu kamu tak nak sampaikan dengan betul-betul.

Hael Husaini: Mungkin saya akan komen berdasarkan performance sebab saya pun baru hari ini datang kan. Bagi saya it’s hard nak lakukan satu persembahan bila persembahan sebentar tadi telah meletakkan satu bar yang tinggi. Bukannya tak bagus, tapi mungkin malam ini dia mcam tak berapa nak kena sikit. Itu untuk sayalah.

Pasya & Puteri

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan yang dikatakan kegemaran ramai penonton ini berjaya menunjukkan keserasian mereka menerusi lagu Relakan Jiwa.

Mas Idayu: Daripada awal Pasya menyanyikan dengan cello, sepatutnya dah bagi kita rasa dah sebab suara awak sahaja yang timbul. Selepas itu, apa yang Mummy mula dapat rasa itu, masa di harmonize part, berdua. Itu yang Mummy dapat rasakan di situ. Pada awalnya memang Mummy tak dapat rasa dan Puteri, awak kena buka mulut, Mummy tak sedap tengok. Kalau awak buka mulut sedap sebutan tu. Satu lagi, awak nyanyi sedap tapi soul kurang. Kalau awak nyanyi soul tu ada kami tidak akan cari dah kesilapan.

Hael Husaini: Apa yang Mummy cakap ada betulnya. Tapi saya cuma nak bagi yang postive side which is creativity untuk lagu ini pada malam ini which is lagu original awak jadikan, saya nampak effort. Dia jadi lain daripada yang lain sebab effort kat situ saya puji.

Achik & Maria

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan ini kembali beraksi di atas pentas atas undian penonton selepas tersingkir sebelum ini. Mereka membawakan lagu Jangan Khianati Aku dimana lagu ini berjaya membuatkan juri amat berpuas hati dengan persembahan yang disampaikan.

Ajai: Saya pernah dengar lagu ini solo, tapi bila dijadikan duet saya rasa gah lagu ini besar dan karakter tone lagu ini saya rasa kamu sesuai. Saya tahu the highest note untuk lagu ini adalah B tapi ada penambahan note dari Achik. Pada Maria, kemenangan tone saya rasa tak streotype.

Mas Idayu: Maria perfect, body language apa semua perfect, karakter ada. Cuma body language yang lelaki bagila sikit asyik keras je, melengkung sikit badannya tu.

Episod ketujuh juga menyaksikan empat pasangan yang berjaya ke pentas akhir LCK3 iaitu pasangan Achik & Maria, Hariz & Wanie, Pasya & Puteri serta Syafeek & Zazo.

Namun begitu, pasangan Malhamka & Yuveena tidak berjaya ke pusingan akhir kerana berada di tangga yang paling bawah.

Jangan lupa untuk teruskan menonton dalam Lagu Cinta Kita 3 setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ia juga boleh distrim live HD di www.tonton.com.my

Tonton episod 7 di YouTube TV3MALAYSIA Official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Mar 2020
Hiburan Sun, 29 Aug 2021

4 Filem Terbaik Di TV3 Sepanjang September Ini!

TV3 akan sentiasa menemani hujung minggu anda dengan 4 filem box-office terbaik dan berkualiti pada setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11.30 malam sepanjang bulan September ini menerusi Magnificent 8. Pastinya menghiburkan kerana filem-filem yang […]

Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Terbaiklah! Kak Lina Pom Pom Disambut Meriah Di Kuala Krai

Dia sekeluarga juga meluangkan masa selama lebih dua jam untuk beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Trending Mon, 23 Dec 2019
Trending Tue, 25 Sep 2018

Bila Masa Dalam Negeri Johor Surat Rasmi Ditulis Dalam Dua Bahasa?

Saya sarankan kepada Ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya, jangan pisang berbuah dua kali,”

Trending Tue, 25 Jan 2022

Bertuah Badan! Mila Jirin Taja Majlis Sanding Datin Seri Heliza Helmi & Suami – “Segan, Hadiah Itu Besar Nilainya… Tapi Dia Bersungguh”

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin bermurah hati menaja majlis persandingan rakan baiknya, penyanyi dan aktivis Datin Seri Heliza Helmi dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada Sabtu. Majlis yang mengangkat tema ‘Malam Islamik’ berlangsung […]

Featured Fri, 14 Oct 2022

Gambar Adik Disalah Guna, Individu Gesa Pihak Pertubuhan Kasih Neelofa Beri Penjelasan – “Lepas 5 Tahun Jadi…”

Eh, betul ke ni? Katanya sampai sekarang masih tiada sebarang penjelasan daripada Pertubuhan Kasih Neelofa

Trending Tue, 15 Jun 2021

Bunga Citra Lestari Dijangkiti Covid-19 Selepas Balik Bercuti

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dijangkiti virus Covid-19 selepas pulang dari percutian. Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Bunga di laman Instagram miliknya, pelantun lagu Cinta Sejati itu sedang menjalani isolasi kendiri selepas […]

error: Content is protected !!