Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin January 3, 2022 @ 4:34pm

“Ada Yang Tanya, Kenapa Bagi Telekung? Pakaian Biasa Pun Boleh Dibawa Solat…” – Usahawan Beri Sebab Sumbang Kelengkapan Solat Kepada Mangsa Banjir

Usahawan Datin Aliza Abu Bakar yang merupakan pengasas Munawwareen Holdings Sdn Bhd memberikan sebab mengapa dia menghulurkan bantuan telekung baharu kepada mangsa yang terjejas banjir.

Melalui program Munawwareen Prihatin, Aliza memberikan sumbangan 250 pasang telekung kepada mangsa banjir di sekitar Hulu Langat, Selangor untuk memudahkan mereka menunaikan solat.

“Ada yang tanya kepada saya berikan telekung sebab boleh sahaja bersolat dengan pakaian yang menutup aurat. Memanglah pakaian biasa pun boleh solat, tapi saya ingin memudahkan muslimat yang terjejas banjir.

“Ada pakaian biasa mereka hanyut dan kotor akibat banjir, jadi dengan adanya telekung, amatlah memudahkan. Bisnes saya pun berasaskan pakaian muslimah, jadi tiada salahnya jika saya menghulurkan bantuan telekung. Saya tak kisah apa netizen nak cakap, asalkan saya memudahkan orang.

“Selain itu, saya juga memberikan abaya yang kami jual kepada mereka. Apabila saya mendapat tahu berita mengenai banjir yang melanda, saya terus tergerak hati untuk memberikan apa yang kami jual kepada mereka yang terjejas.

Tidak terhad kepada telekung dan abaya, Aliza dan pihak Munawwareen turut menyerahkan 30 unit lampu solar buat mangsa banjir dan basikal elektronik (E Bike) untuk kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas.

“Kami terlebih dahulu mengenal pasti situasi yang terjadi di beberapa kawasan terjejas banjir. Ada yang terputus bekalan elektrik, ada juga kawasan yang sukar untuk dimasuki oleh kenderaan kerana keadaan jalan yang tidak stabil selepas banjir.

“Jadi selain pakaian, kami menyumbangkan apa yang dirasakan sesuai. Kami memudahkan pihak PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam (JPA) untuk membuat rondaan dengan memberikan E Bike.

“Lampu solar pula kami berikan berdasarkan pengalaman saya berulang alik lebih tiga kali ke Hulu Langat membantu mereka. Ia sangat membantu mereka yang terputus bekalan elektrik.

“Selain itu, sejumlah 23 barangan keperluan asas lain turut disumbangkan program kendalian Munawwareen seperti jaket keselamatan, tuala, sejadah, tong gas, dapur gas, pemanas air, tangka air, pam air, tikar getah, khemah dan banyak lagi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Apr 2020
Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Acara Fri, 26 Apr 2019

Mencari makanan kucing halal dan bermutu? Powercat ada jawapannya

Powercat perkenal Elizabeth Tan sebagai duta

Featured Fri, 3 Jan 2020

Adab memotong kuku, antara mitos dengan sunah

Ketahui cara betul yang disarankan dalam Islam

Featured Mon, 3 Dec 2018
Featured Fri, 19 Oct 2018
Featured Sat, 3 Dec 2022

Jangan Mudah Leka, Ini Nasihat Fathi Hussein Kepada Anak Muda

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan. @mcplus.myawak hanya ada masa sekarang sahaja untuk lakukan yang terbaik ✨♬ original sound – mcplus.my Menerusi perkongsian […]

Gaya Hidup Wed, 11 Apr 2018

Ayam Kampung Publika Gerenti Bikin Anda Jilat Jari, Tak Percaya Cubalah!

Restoran Ayam Kampung Publika antara restoran yang menghidangkan ayam kampung goreng original yang boleh anda nikmati bersama lauk-pauk yang lain.

Featured Sun, 31 May 2020
error: Content is protected !!