Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 17, 2022 @ 3:24pm

Tular Gambar Dengan Bekas Pramugari, Ini Jawapan Zul Ariffin – “Dia Bukan Girlfriend Saya…”

“Dia bukan teman wanita saya,” itu respons pelakon Zul Ariffin ketika ditanya mengenai sekeping foto bersama wanita yang tular sekitar Disember lalu.

Menurut Zul, foto yang viral itu hanya sekadar gambar dan dia juga tidak berhubung dengan wanita tersebut.

“Hanya gambar sahaja. Selepas itu, saya tak contact pun dia. Dia nak bergambar, saya okay sahaja. Dia muat naik di Instagram Story, saya pun ulang siar semula.

“Saya boleh bergambar dengan sesiapa sahaja. Orang luar boleh menilai. Ini ‘line’ kerja saya, orang luar tak tahu mengenai publisiti,” katanya.

Difahamkan, wanita itu yang dikenali sebagai Sabrina Sharleen itu merupakan bekas pramugari yang kini berjinak sebagai pelakon tambahan dalam drama terbaru lakonan Zul berjudul Tarik Aku Ke Syurga.

Menurut laporan media, wanita itu menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa sahaja.

Wanita itu mengenali Zul semenjak tiga tahun lalu dan mereka pernah bertemu beberapa kali.

Dalam perkembangan terbaru, Zul kini dilantik menjadi duta bagi produk bengkung Superwoman.

“Pada awalnya saya skeptikal, boleh ke saya mewakili produk yang sinonim dengan wanita. Produk itu boleh digunakan oleh lelaki, jadi saya mencuba dahulu.

“Saya gunakan sewaktu bersenam di gimnasium dan merasakan ia berkesan. Produk itu menyokong ‘posture’ badan saya. Jadi, saya berbesar hati dapat mewakili produk itu dan mereka juga percaya dengan saya,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Jun 2022

“Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video-Video Palsu” – Gosip Bakal Nikahi Ira Kaza, Ibu Syamsul Yusof Buka Mulut!

Ibu Syamsul Yusof memberitahu keluarga Ira Kaza agak berhenti mengugut anaknya.

Hiburan Thu, 16 Feb 2023
Trending Wed, 2 Dec 2020

Rayuan GKP 2.0 Dibuka Bermula 7 Disember Ini

Buat yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2.0

Featured Sun, 24 Nov 2024

Syamsul Yusof Didakwa Makin ‘Handsome’, Puteri Sarah Komen: “Kenapa? Masalah Aku Ke?”

Puteri Sarah kelihatan tegas menyuarakan pendapatnya berkenaan bekas suaminya itu.

Hiburan Wed, 4 Feb 2026

Didakwa Berbadan Dua, Amira Othman Mohon Privasi

Dakwaan sedang hamil, Amira Othman memohon ruang privasi.

error: Content is protected !!