Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 20, 2022 @ 4:29pm

“Meremang Wei! Peminat Vote Jadi Vokal Terbaik #AJL36”- Marsha Milan Anggap ‘Cinta’ Lagu Berpotensi & Amat Sukar

Pastinya bahang anugerah berprestij tanah air, Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36) kian terasa.

Bukan sahaja dalam kalangan penonton tetapi juga para artis yang bakal membuat persembahan pada malam kemuncak 6 Mac 2022 nanti.

Semestinya kemunculan penyanyi dan pelakon, Marsha Milan buat pertama kalinya di pentas AJL36 kali ini amat dinantikan.

Malah, khabarnya sudah ada peminat yang menjangkakan Marsha bakal membawa pulang gelaran Pemenang Vokal Terbaik AJL36 kali ini menerusi lagu Cinta ciptaan Akim Ahmad dan Stacy.

“Saya akui lagu ini saya rasa ada potensi. Memang Marsha minta Akim dan Stacy custom untuk saya.

” Dan ya, lagu Cinta ni memang sukar kerana memerlukan kemahiran daripada segi teknikal dan juga vokal,” katanya kepada Xtra.

Lagu yang menjadi runut bunyi bagi drama rantaian, Masih Ada Rindu ini dicanang sebagai pemenang vokal terbaik memandangkan Marsha mempunyai vokal yang sangat kuat serta teknik yang baik.

Namun, penyanyi yang berasal dari Sabah ini menegaskan, bukan gelaran itu yang dicarinya memandangkan ini adalah pertama kali beliau tersenarai dalam 12 finalis yang akan membuat persembahan di pentas AJL nanti.

“Actually, to be honest… Marsha tak fikir apa-apa dan tak letak harapan atau target untuk menjadi pemenang vokal terbaik atau sebaliknya.

“Dan, bila ditanya mengenai saingan dari segi vokal, saya rasa saya tidak melihat AJL sebagai satu pertandingan so, semua pun layak dan best. Lagipun semua yang masuk power manakala saya pula, ini adalah pertama kali,” Jelasnya ketika sidang media secara maya Anugerah Juara Lagu Ke-36 yang berlangsung pada Ahad.

Untuk makluman, AJL36 kali ini akan diadakan dengan kehadiran penonton dan terhad kepada 200 orang sahaja malah, mereka yang hadir adalah berdasarkan jemputan khas dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Jan 2019

Betty Rahmad Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Tahniah!

Alhamdulillah…Tahniah Betty dan Ardy!

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

林志炫511再来马开唱!誓为歌迷送上音乐盛宴

相隔3年,林志炫再来马开唱!5月11日再次登上云星剧场献唱,让歌迷再次见证他无可比拟的醇厚现场演唱实力。

Hiburan Wed, 5 Feb 2025
Hiburan Wed, 29 May 2024
familuv Mon, 11 May 2020
Featured Wed, 27 Mar 2024

Didakwa Jalin Hubungan Songsang Dengan Rakan Baik, Mimi Fly Perjelas Status Diri

Haaa, siapa cakap Mimi songsang tu baik minta maaf siap-siap!😱

Hiburan Sat, 6 Jan 2024
Trending Thu, 25 Jun 2020
error: Content is protected !!