Euforia Bola 2026
familuv By: Fadzlena Jafar May 11, 2020 @ 4:51pm

Ibu kanak-kanak genius kongsi rahsia didik dua anak pintar

Pertama kali menyaksikan Brielle Milla bercakap mengenai Jadual Berkala Unsur, sesiapa saja pasti mengatakan kanak-kanak berumur tiga tahun itu dipaksa menghafalnya.

Begitu pun, secara logiknya agak sukar untuk memaksa seorang kanak-kanak sekecil itu untuk menghafal kesemua 117 unsur kimia dalam jadual itu, apatah pula mengingati nombor atom dan simbol kimia yang diwakili setiap unsur terbabit.

Tidak hairanlah, apabila Brielle diiktiraf kanak-kanak genius kimia, malah digelar The Chemist atau pakar kimia pada usia tiga tahun. Hari ini Brielle yang sudah mencecah usia tujuh tahun disenaraikan antara kanak-kanak pintar termuda di dunia.

Brielle ketika ditemu bual pengacara terkenal, Elle DeGeneres, tahun lalu. (Gambar daripada Instagram @brielle)

Kanak-kanak yang dilahirkan pada 18 Januari 2012 itu mencipta nama apabila muncul buat pertama kali dalam rancangan The Ellen DeGeneres Show pada usia tiga tahun dan sejak itu Brielle tampil dalam pelbagai program kanak-kanak termasuk mempunyai program YouTube, Brielle-iant.

Melihat akan kepetahan Brielle apabila menerangkan pelbagai topik sains menyebabkan ibu Brielle, Carrie Milla-Leon, dihujani pelbagai pertanyaan daripada ibu bapa di seluruh dunia yang ingin mengetahui cara beliau mendidik anaknya.

Berbeza dengan kanak-kanak lain yang lazimnya dihantar ke prasekolah seawal usia tiga tahun, Brielle pula mengikuti pembelajaran di rumah berdasarkan kurikulum yang disediakan ibunya.

Brielle bersama-sama ibunya, Carrie dan adiknya, Caden. (Gambar daripada Instagram @brielle)

Carrie berkata, beliau memastikan anak-anaknya didedahkan dengan pembelajaran berbentuk permainan sejak kecil termasuk menggunakan buku cerita yang dipenuhi gambar berwarna-warni.

“Tiada jawapan ajaib bagi menerangkan cara saya mendidik Brielle dan juga adiknya, Caden. Sebagai ibu dan guru, saya mendidik mereka menggunakan kaedah pembelajaran menyeronokkan supaya mereka sentiasa ingin mengetahui sesuatu yang baharu.

“Apabila kanak-kanak dididik untuk mencintai ilmu pengetahuan sedari kecil, mereka akan membesar menjadi seorang yang dahagakan ilmu,” katanya dalam satu rakaman video yang dikongsi dalam laman Facebooknya.

Selain buku cerita, Brielle turut bermain menggunakan kad imbas mengenai unsur kimia ketika berusia dua tahun sehingga mampu mengingati setiap unsur kimia berkenaan.

Brielle juga gemar membaca novel walaupun hanya boleh membaca pada usia lima tahun. (Gambar daripada Instagram @brielle)

Meskipun lebih arif dalam subjek Kimia, Brielle juga mempunyai pengetahuan luas dalam Biologi, Geografi dan Sejarah, malah mampu mengingati senarai Presiden Amerika Syarikat.

Carrie berkata, setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan berbeza, justeru sebagai ibu bapa, anda perlu menetapkan matlamat yang berbeza bagi setiap anak tanpa membeza-bezakan mereka.

“Sebagai ibu, kita perlu menetapkan matlamat untuk anak-anak, tetapi biar mereka belajar dengan keupayaan mereka, bukannya memaksa mereka menjadi dewasa. Saya sentiasa memastikan Brielle dan Caden mengetahui bahawa belajar itu bukan satu tugas atau kerja rumah, sebaliknya permainan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.

“Kepada semua ibu bapa, cara mengajar anak tidak sama, tetapi saya berharap perkongsian mengenai cara saya dan suami mendidik anak-anak kami ini, dapat memberi idea kepada setiap ibu bapa untuk mengajar anak-anak dengan cara sendiri. Paling penting, pastikan cara itu menyeronokkan,” katanya yang masih menetap dengan keluarganya di Salinas, California.

Brielle kini dianggarkan memperoleh pendapatan antara RM4.32 juta (USD1 juta) sehingga RM21.67 (USD5 juta) setahun menerusi program Brielle-iant yang diterbitkan dalam saluran YouTube TheEllenShow.

Menerusi program itu, Brielle mengacarakan program berbentuk didik hibur membabitkan pelbagai topik Sains dan Geografi daripada kaca mata seorang kanak-kanak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 4 Mar 2019

Bengang pasangan berlaku curang? Luahan di media sosial bukan caranya.

Da’i Wan tegur individu yang mengaibkan pasangan mereka di media sosial. 

Featured Sun, 13 Feb 2022
Featured Tue, 30 Jan 2018

5 Mitos Diet Yang Perlu Anda Tahu

Berdiet juga perlu punya ilmu. Jangan semborono mengikut nasihat yang entah betul entah tidak.

Featured Thu, 10 Aug 2023

[VIDEO] Sertai Tabligh, Perubahan Farid Kamil Mendekati Agama Buat Ramai Sebak! – “Satu Keputusan Yang Terbaik…”

Alhamdulillah, perubahan yang sangat baik ni 🥹 Semoga yang baik baik saja buat Farid Kamil 🤍

Featured Thu, 10 Jul 2025

“Semua Bride Nak Nampak Cantik, Bukan Nak Masuk Competition Baju Siapa Paling Lawa” – Elfira Loy

Elfira Loy tampil mempertahankan adiknya isu busana perkahwinan yang dikatakan sama dengan Ally Mukhriz.

Events Wed, 21 May 2025

Syafiq Yusof Label Ejen Ali The Movie 2 Animasi Terbaik, Siap Bagi Rating 1000/10!

EATM2 dipuji sebagai karya bertaraf antarabangsa🔥

Featured Fri, 21 Jul 2023
Featured Sun, 3 May 2026

“Artis Juga Manusia Biasa, Perlu Tunaikan Kewajipan”- Aisha Retno 

Aisha Retno tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan yang sering dibangkitkan mengenai pelaksanaan ibadah solat dalam kalangan artis, khususnya ketika mengenakan solekan.

Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Tue, 22 Aug 2023
error: Content is protected !!