Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 10, 2022 @ 10:43am

Keperluan Vaksinasi Merentas Negeri Kini Dimansuhkan – PM

Sejak pengumuman peralihan fasa endemik yang dilaporkan oleh Perdana Menteri pada Rabu, pelbagai kelonggaran telah diberikan kepada rakyat termasuklah pembukaan sempadan negara, aktiviti keramaian dan sosial termasuklah kenduri kahwin.

Bukan itu sahaja, keperluan vaksinasi untuk merentas negeri juga turut dimansuhkan dan ia sekaligus disambut baik oleh rakyat.

Ismail berkata, keperluan vaksinasi dan had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi kini dimansuhkan.

“Jadi tidak timbul isu ada suntikan booster atau tidak, begitu juga dengan pekerja-pekerja tanpa had dan jenis vaksinasi yang mereka terima,” katanya.

Perkara itu turut dikongsi menerusi aplikasi Tiktok TV3 Malaysia dan kini mendapat respon positif dengan jumlah tontonan melebihi 300,000 dengan tanda suka sebanyak 11,500.

@buletintv3 FASA ENDEMIK | Keperluan Vaksinasi Untuk Merentas Negeri Dimansuhkan – PM #BeritaDiTiktok #buletintv3 #buletinutama #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – BuletinTV3

 

Terdahulu, Ismail turut memansuhkan had kapasiti 50 peratus yang ditetapkan untuk aktiviti melibatkan perkumpulan ramai dengan penjarakkan sosial fizikal perlu dijaga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Apr 2026

Giliran Aeril Zafrel Kena ‘Sound’ Tareq Fit, Minta Jangan Jadi Lelaki Dayus – “Tolong Hadkan Tayang Aurat Rumah Kau”

Jurulatih kecergasan, Tareq Fit sekali lagi menyorot perhatian apabila menegur tindakan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel baru-baru ini.

Hiburan Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Kylie Jenner Tampil Bogel Sambil Dipeluk Kekasih Hati?

Wow! Yang penting Kylie Jenner selalu letopssss!

Featured Thu, 16 Apr 2026

Alami Lebam & Bengkak Dibahagian Kaki, Siti Nurhaliza Dilapor Terlibat Kemalangan Jalan Raya Di Lebuhraya MEX

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan telah mengalami kemalangan  jalan raya di lebuhraya Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada Khamis.

Featured Sun, 7 Aug 2022
Hiburan Wed, 21 Nov 2018
error: Content is protected !!