Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 20, 2022 @ 5:00pm

“Tolong Bertanggungjawab, Motif Keluarkan ‘Footage’ Belum Disunting?” – Umie Aida Bidas Isu Adegan Panas Zul Ariffin

Pelakon Datin Seri Umie Aida mendedahkan bahawa kakaknya, Erma Fatima selaku penerbit drama Perempuan Itu ada meluahkan rasa tidak senang duduk dan bimbang dari awal lagi berhubung adegan panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Siti Hariesa.

Rentetan isu hangat yang sehingga kini menjadi perbualan wargamaya, Umie meluahkan pendapatnya mengenai babak intim dalam drama berkenaan yang dianggap keterlaluan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

“Hmmm, baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit mengenai isu ini. Dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya dia, bila tengok ‘footage’ cerita ini. Dia kata mereka ‘shoot’ sangat ‘daring’.

“Saya pesan awak (Erma) sebagai penerbit kena tegas dan info mereka ‘shoot’ atas landasan yang dibenarkan. Dan lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan ‘footage’ (yang Erma nak buang) dari penyunting tanpa keizinan pihak penerbit dan muat naik di Instagram,” dedahnya.

Artikel Berkaitan: Isu Adegan Melampau Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Respon Menteri Hal Ehwal Agama – “Jika Ia Mencemarkan Fitrah, Saya Tidak Boleh Biar”

Mengulas lanjut mengenai isu itu, Umie turut mempersoalkan tentang tujuan sebenar pelakon tersebut memuat naik adengan melampau berkenaan dan memohon agar individu tersebut tampil menjelaskan isu sebenar dan bertanggungjawab atas keadaan yang dikatakan sangat keruh ini.

“Motif keluarkan ‘footage’ yang belum disunting dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk tular? Dan saya sempat tengok hantaran dari IG pelakon itu. Dalam isu ini beberapa pihak yang terbabit harus ke depan dan jelaskan kenapa babak itu jadi sampai tahap begitu?” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, Umie turut menitip pesanan kepada pelakon lain agar isu hangat ini dapat memberi pengajaran kepada mereka terutamanya dalam memilih lakon layar yang tidak membawa padah kepada diri sendiri dan pihak lain.

“Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan. Antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza.

“Lakon layar dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau penerbit. Dan sebagai pelakon wajar tolak lakon layar yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua,” katanya.

Meskipun klip babak panas drama tersebut telah dipadamkan oleh Zul daripada Instagram miliknya, namun isu tersebut sehingga kini masih menjadi perbualan hangat di seluruh media sosial yang menganggap adengan tersebut mencemarkan agama.

Setakat ini kedua-dua pelakon yang terlibat masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan, bagaimanapun pihak TV3 telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan adengan melampau itu.

Artikel Berkaitan: Isu Video Petikan Drama ‘Perempuan Itu’ Papar Aksi Dukung Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Kenyataan Rasmi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Sep 2018

五大新马笑匠同框搞笑!1124笑声响彻云顶

新加坡名导梁志强、李国煌、程旭辉(辉哥),将汇集本地阿哥林德荣及新生代笑匠Jasper赖宇涵,于11月24日在云顶举办《搞笑至尊演唱会》;梁导更称会祭出升级版的《搞笑行动》,包让观众捧腹大笑!

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

‘ Kalau Saya Tutup Pun…’ Ini Alasan Kenapa Zizi Kirana Tampil Dengan Imej Seksi

Kalau saya tutup pun, mesti ada yang akan tetap cari jalan untuk komen mengenai saya di tempat lain pula.

Featured Sun, 10 Sep 2023
Hiburan Mon, 19 May 2025
Featured Tue, 18 Jul 2023
Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Terima Kasih Doakan Saya, Bayi’- Kaka Azraff

Alhamdulillah… Tahniah Kaka & Adam!

Trending Wed, 16 Aug 2023

Mek Yun Diekori Lelaki Warga Asing, Sempat Larikan Diri Sebelum Lapor Pada Pengawal

Uish takutnya! Seeloknya jangan jalan seorang diri kalau di tempat sunyi

Featured Tue, 17 Mar 2020

Cetak atas cetak, anda berani memperagakannya?

Benarkah rekaan ini untuk orang cantik saja?

error: Content is protected !!