Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 23, 2022 @ 4:57am

“Bila Throwback Semula, Sebak! Nak Mengalir Air Mata” – Nabila Razali Dedah Kisah Putus Cinta Dengan…

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali mendedahkan dia pernah mengalami kisah sedih dalam percintaan apabila ditinggalkan teman lelaki tanpa sebarang khabar berita.

Menurut pelantun lagu Pematah Hati itu, pengalaman pahit dalam cinta itu membuatkan dirinya masih sebak ketikan mengingatinya.

“Episod sedih ini terjadi ketika saya belum masuk ke dunia seni. Saya bercinta dengan seorang jejaka, tak lama sangat, dalam setahun.

“Saya sendiri bingung kerana ditinggalkan tanpa sebarang khabar berita. Agak lama juga pihak sana berdiam sampai saya sendiri tertanya dalam hati, apa status hubungan kami?

“Rupa-rupanya, orang ketiga menjadi punca dia berdiam diri. Kami putus kerana konflik terbabit. Bila throwback semula cerita terbabit, rasa sebak pun ada… Macam nak mengalir air mata,” katanya.

Kisah sedih Nabila itu kini dijadikan inspirasi untuk novel berjudul Kerana Cinta Itu Ada hasil tulisan penulis prolifik, Sophilea.

“Novel Kerana Cinta Itu Ada diinspirasi menerusi kisah saya sendiri. Idea asal itu datang dari saya dan saya ceritakan kepada Sophilea. Apa yang saya boleh katakan, hampir separuh cerita dalam novel ini adalah kisah benar berdasarkan kisah cinta saya dan saya gabungkan dengan idea baharu.

“Kenangan lama putus cinta memang sudah berlalu, saya pun dah move on tetapi kesannya masih ada biarpun masing-masing dah membawa haluan sendiri. Saya tak rasa dendam dengan bekas kekasih tetapi mungkin kami tak boleh duduk semeja,” katanya yang enggan memikirkan soal cinta kerana mahu fokus dalam kerjaya.

Kerana Cinta Itu Ada juga merupakan kesinambungan terhadap single baru ciptaan Nabila berjudul Putus dan penyanyi itu juga mempunyai perandangan untuk mengadaptasikan karya tersebut kepada sebuah drama selepas ini.

Novel Kerana Cinta Itu Ada diedarkan oleh MASK Team dan boleh didapati secara dalam talian bermula 14 Mac dengan harga RM35 bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM38 di Sabah dan Sarawak.

Novel ini juga bakal berada di kedai buku seluruh Malaysia dalam masa terdekat dan peminat boleh melayari https://keranacintaituada.onpay.my/ untuk informasi lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Jan 2023

Impian Bangku Sekolah Tercapai, Hannah Yeoh Berpeluang Jadi Penyampai Berita

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang menjadi pembaca berita untuk satu program di salah sebuah stesen televisyen. @hannahyeohmp Impian zaman muda saya semasa di sekolah #Hanayo #dream #astroarena ♬ […]

Trending Thu, 28 Dec 2023

“Assalamualaikum Abang Zayn, Rindunya Mommy Dekat Abang,” – Ibu Zayn Rayyan

Pastinya ibu yang melahirkan menanggung rindu yang tiada kesudahan…

Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Thu, 19 Jan 2023

Hidap Sindrom ADHD & Cepat Lupa, Diana Danielle Jadikan Al-Quran Dan Solat Sebagai Sumber Rujukan

Bagusnya dapat suami yang sentiasa mengingatkan perkara-perkara baik💖

Hiburan Tue, 25 Nov 2025

Siti Nurhaliza Usik Hael Husaini – “Tak Sabar Nak Nyanyi Masa Awak Bersanding”

Siti Nurhaliza usik Hael Husaini, seloroh nak nyanyi masa majlis kahwin

Trending Fri, 8 Mar 2019

Pembantu Rumah ini ditangkap majikan kerana cuba seludup wang dalam kotak minuman!

Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua!

error: Content is protected !!