Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 29, 2022 @ 12:30pm

“Kenapa Pegang Anjing Tak Pakai Gloves?” – Penat Sering Didakwa Buat Kerja Haram, Doktor Veterinar Ini Jelaskan Perkara Sebenar

Baru-baru ini kecoh di ruangan media sosial Twitter mengenai seorang doktor veterinar yang dikecam segelintir netizen kerana merawat seekor anjing tanpa menggunakan sarung tangan.

Malah, ada juga yang berkata tindakan doktor tersebut dianggap menjadi punca pendapatan yang haram kerana menyentuh anjing.

Difahamkan, perkara tersebut telah menimbulkan amarah netizen yang seakan tidak berpuas hati apabila seorang individu beragama Islam memegang seekor anjing tanpa sebarang lapik.

Berang dengan persepti negatif berkenaan, doktor veterinar ini menjelaskan alasan dia tidak menggunakan gloves semasa merawat anjing tersebut.

“Kenapa doktor haiwan rawat anjing tak pakai gloves? I hope this will make you understand.

“Sebab pertama tidak pakai sarung tangan adalah untuk mendapat kepercayaan anjing. Biar anjing hidu bau tangan untuk kenal, anjing akan rasa selamat dan tidak terancam.

“Kedua adalah pemeriksaan fizikal. Guna deria sentuh untuk merasa seluruh badan anjing, kenal pasti kalau ada luka, benjolan, ketumbuhan pada kulit yang tidak nampak.

“Kemudian kita sertu untuk menyucikan diri daripada najis mughallazah,” katanya menerusi video yang berdurasi satu minit itu.

Doktor berkenaan turut mengakui terlalu penat untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai isu tersebut sehingga disuruh untuk mencari pekerjaan lain.

“Masih ada yang menjatuh hukum, kata pekerjaan doktor veterinar ni haram, sebab sentuh anjing.

“Disuruh cari kerja lain. Selagi hayat dikandung badan, selagi mampu, selagi larat, selagi tu lah, ulang-ulang jawab soalan yang berulang-ulang.

“Percaya tak? Masih ada yang ingat kami ni akan bermandi lumpur dan selut selepas bergelumang dengan anjing selepas rawatan. Tidak! Sebab tu selama ni orang anggap nak sertu tu susah. Leceh.

“Kalau faham dan ambil tahu, tak susah sertu ni. Method sama seperti kita guna air sabun. Tapi tukar dengan air bancuhan tanah atau produk yang mengandungi tanah. Bilas dengan air 6 kali,” ujarnya menerusi ciapan di bawah video tersebut.

Doktor veterinar tersebut turut menyeru kepada orang ramai supaya belajar untuk tidak terus menghukum orang lain tanpa usul periksa.

“Janganlah senang sangat menjatuhkan hukum pada kami, sampai ada yang dah tahu kedudukan kami di neraka sebab buat kerja ni. Allahu,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 27 May 2025

“Sebenarnya Bukan Saya Seronok Bercerai, Ayat Itu Keluar Secara Spontan” – Nora Ariffin

Nora menafikan kenyataan tersebut yang dianggapnya sebagai spontan.

Hiburan Mon, 16 Jan 2023
Featured Tue, 28 May 2024
Featured Fri, 17 Oct 2025
Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Ibu Haqiem Rusli Terkilan Kerana…?

Sebagai ibu, Nazrah cuma memberitahu segala keputusan terletak ditangan Haqiem

Hiburan Sun, 16 Mar 2025
Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Berlepas Ke Tanah Suci Pagi Tadi, Zaquan Adha Mohon Doa Peminat

Semoga semuanya berjalan lancar, Aminn.

Hiburan Mon, 26 Aug 2024
error: Content is protected !!