Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 30, 2022 @ 7:40pm

#WhazzupNetizen: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson, Will Smith Tempeleng Chris Rock & Pensyarah Hina Golongan B40

Kembali dalam segment #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson

Fuh, antara kisah percintaan hangat yang menjadi perbualan netizen sehingga kini membabitkan pelakon kacak, Aedy Ashraf dan aktres kacukan India-Scotland, Amelia Henderson.

Ramai netizen yang masih belum ‘move on’ apabila Aedy secara terbuka telah melamar Amelia di sebuah festival makanan terbesar pada Sabtu lalu.

Meninjau di ruangan media sosial Twitter, ramai dalam kalangan peminat pasangan sejoli itu masih mengimbau kenangan manis yang berlaku di Absolut Fest Festival.

Menurut mereka juga, kisah percintaan mereka ini boleh dikatakan sebagai cinta lokasi yang bermula daripada drama gandingan Akasia TV3 Kisah Cinta Kita. Amboii!

Namun, ada juga segelintir daripada netizen yang seakan mendakwa bahawa lamaran tersebut hanyalah satu gimik dan bertujuan untuk ‘marketing’.

Bagaimanapun, Aedy yang ditemui dengan media baru-baru ini menegaskan untuk tidak mahu memberi sebarang komen mengenai kisah percintaan tersebut.

2. Will Smith Tempeleng Chris Rock

Persengketaan yang berlaku antara selebriti Hollywood Will Smith dan Chris Rock turut menjadi perbualan hangat di serata media sosial.

Will yang berang dengan kenyatan Chris yang telah menghina penampilan isterinya, Jade Pinkett Smith disamakan seperti G.I Jane lakonan Demi Moore dek kerana berimej botak telah menimbulkan amarah Will.

Rentetan itu Will tanpa berfikir panjang terus naik ke atas pentas Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 lalu bertindak untuk menampar Chris yang turut terpaku dengan kejadian tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan media sosial, ramai yang memberi sokongan kepada Will atas tindakannya kerana menurut mereka maruah seorang isteri harus dijaga oleh suami.

Namun begitu, segelintir netizen turut meluahkan pendapat mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Will yang dianggap tidak professional semasa anugerah berprestij itu berlangsung.

Bagaimanapun, Will telahpun memohon maaf secara terbuka kepada individu terbabit atas tindakan agresifnya itu.

3. Pensyarah Menghina Golongan B40

Tular semenjak tengah malam semalam mengenai isu seorang pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah menghina salah seorang pelajar semester lima kerana dipercayai tidak mampu untuk membeli sebuah laptop dan hanya menggunakan telefon bimbit untuk tujuan belajar.

Perkara tersebut telah menimbulkan amarah orang ramai yang menganggap perbuatan profesor berkenaan sangat keterlaluan sehingga menjatuhkan imej UiTM dan dianggap tidak beretika.

Meninjau di ruangan sosial media, isu berkenaan bukan sahaja telah menimbulkan amarah netizen, malah turut mendapat perhatian Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memohon pihak UiTM untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pensyarah terbabit.

Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang menyokong kenyataan pensyarah terbabit sehingga melabel pelajar-pelajar zaman ini terlalu manja dan tidak boleh ditegur.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tomahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih Hati Secara Terbuka… – “She Said Yes”

Artikel Berkaitan: Kisah Cinta Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Ambil Keputusan ‘Kunci Mulut’

Artikel Berkaitan: Kritik Penampilan Isteri, Will Smith Tempeleng Muka Chris Rocks di Pentas Oscars

Artikel Berkaitan: Tular Pensyarah Hina Pelajar Tak Mampu Beli Laptop, Ini Respons UiTM… MPP Pula Gesa Ambil Tindakan Tegas!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 May 2019

Demi Anak, Sharnaaz Ahmad ‘Berkampung’ Di Hospital

Semoga cepat sembuh Jebat Jayden…

Trending Mon, 16 Mar 2020
Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Trending Wed, 24 Mar 2021

Akses Tontonan Awal Drama Terbaharu Bagi Pengguna Platform iQiyi Dan Primeworks Studio

Selepas pengumuman kerjasama diantara platform penstriman antarabangsa iQiyi bersama Media Prima Berhad dan Celcom Axiata Berhad (Celcom), pihak Media Prima yakin bahawa kredibiliti yang ditonjolkan iQiyi dapat membantu mengeksport kandungan dan menggilap bakat tempatan di […]

Trending Tue, 28 Jul 2020

Dr Noor Hisham Luah Rasa Kecewa Dengan Penyokong Najib

Perhatian buat seluruh rakyat Malaysia!

Trending Fri, 15 Jun 2018

Nick Jonas Perkenalkan Priyanka Chopra Kepada Keluarga. Bukti Hubungan Mereka Serius

Bawa Priyanka ke majlis perkahwinan keluarganya, bukti hubungan Nick Jones dengan pelakon Bollywood itu serius.

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

‘Baby Bump’ Curi Perhatian, Umisya Mazlan Didakwa Hamil Anak Keempat?

Umisya terus berdiam diri dan tidak menjawab komen netizen

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

‘Berjanggut’ tunggu Zul Ariffin!

Penggarambaran untuk filem berkenaan dijangka bermula hujung April namun sementara itu Zul Ariffin juga akan terlibat dalam sebuah lagi filem bergenre seram di bawah Skop Productions arahan Syafiq Yusuf.

Featured Tue, 13 May 2025
error: Content is protected !!