Featured By: Salma Syahbuddin March 31, 2022 @ 1:17pm

Kes Ganja: Kirim Salam Pada Syed Saddiq, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Sebelum ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penangkapan seorang penyanyi nasyid yang juga merupakan seorang komposer popular yang didakwa pernah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL).

Penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman, 47, yang ditahan kerana menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara pada 25 Mac lalu kini dibawa ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan kes berkaitan dadah.

Malah, Yasin juga akan dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (a) , 39B (2) akta yang sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati,  perlu disebat tidak kurang 15 kali.

Dan bagi kesalahan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana setiap satu daripadanya didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret dan Sesyen, kesalahan ini boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Yasin dilaporkan hadir di mahkamah dengan memakai baju T berwarna hitam dan diiringi pasukan polis.

Sebelum memasuki prosiding, penyanyi ini dilihat sempat berpesan kepada pihak media agar menyampaikan salamnya kepada Yang Berhormat Syed Sadiq.

“Kirim salam kepada YB Syed Sadiq. Minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” katanya.

Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan, pertuduhan di mahkamah dibuat selepas polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Terdahulu, suspek ditahan bersama 17 pokok ganja yang dipercayai ditanam sejak dua bulan lalu dalam satu serbuan di kediamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Disyaki Terlibat Kes Dadah, Penyanyi Nasyid Ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi Ada Ladang Mini! Artis Nasyid Ditahan Miliki 17 Pasu Pokok Ganja, Dipercayai Menagih Semenjak 10 Tahun Lalu

 

Sumber/kredit foto: Harian Metro, BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Featured Wed, 3 May 2023
Trending Thu, 13 Jul 2023

Matin Cemburu Mummy Nyanyi Dengan Dekta… Pandai Ambil Hati Anak, Watie Hanifiah Raih Pujian Netizen!

Usahawan dan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah sekali lagi meraih perhatian peminat selepas memuat naik sebuah video di media sosialnya. Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah sedang cuba […]

Hiburan Mon, 4 Feb 2019
Hiburan Mon, 13 May 2019

Didakwa Menderita Anorexia Nervosa, Apa Komen Amyra Rosli?

Amyra memberitahu meskipun berat badan hanya mencecah 41 kilogram, dia tidak pernah berdepan masalah kesihatan.

Trending Thu, 3 Oct 2019

Spend Your Halloween at The Most Instagram-able Spooky Experience at Lost World of Tambun’s Day of the Dead

Embrace the Mexican traditions honouring the dead as you step into the Lost World of Tambun.

Featured Thu, 20 Apr 2023