Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 2, 2025 @ 12:26pm

“Kalau Tengok Orang Lain Happy, Kita Patut Tumpang Happy & Bersyukur Sebab…” – Amira Othman

Penyanyi, Amira Othman mengingatkan orang ramai agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk membanding-bandingkan kehidupan dengan orang lain, sebaliknya mengambil sisi positif yang dikongsi orang lain.

Kata Amira menerusi perkongsian tular, platform media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan bergantung bagaimana masnusia memilih untuk menggunakannya.

“Pesanan saya adalah, sosial media ini adala baik dan ada tidak baiknya. Apa yang baik, kita gunakan dan kongsi perkara-perkara baik.

“Tapi nak bandingkan kehidupan dengan orang lain adalah tidak sihat.

“Pada saya, kalau kita tengok orang lain bahagia, kita kena tumpang happy dan bersyukur sebab kita tahu setiap kali dia dapat ujian pasti, dia juga akan mendapat nikmatnya. Begitu juga dengan kita,” katanya.

Malah, sikap mensyukuri perkara kecil dalam kehidupan mampu membuatkan hati berasa lebih tenang, kerana setiap orang membawa ujian masing-masing.

“Untuk saya kalau saya nak pesan pada diri saya, saya rasa saya kena bersyukur walaupun sekecil zarah. Sebab kita tak tahu orang lain apa ujiannya.

“Jangan risau lebih-lebih sebab memang dunia ni tempat ujian. Dan setiap ujian pasti ada hikmahnya,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Mar 2021
Hiburan Thu, 13 Nov 2025

El Putra Sarira ‘Ditemui’ Selepas Tular Nyanyi Bersama Lyodra, Nicholas Saputra Restu Pewaris Rangga

El Putra Sarira nyanyi bersama Lyodra terus diangkat jadi bintang filem Rangga Cinta

Trending Tue, 31 Oct 2023

Jalani Pembedahan Akibat Jantung Berlubang, Anak Kak KM Kini Stabil

Semoga Rania diberi kesembuhan dan sihat seperti biasa Amin.

Hiburan Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Panas! Kini Farid Kamil Bergaduh Dengan Adik Sendiri

Namun, apabila ditanya mengenai kenapa beliau tidak hadir pada acara melibatkan abangnya itu, Fadzil memberitahu bahawa dia tidak lagi menguruskan abangnya itu termasuklah kerjaya Farid kerana sudah mempunyai pembantu peribadi sendiri.

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Kisah Viral Thu, 7 Dec 2023

5 ‘Perempuan Jadian’ Lari Bertempiaran Berjaya Dicekup Dalam Op Cegah P*ndan

Dalam serbuan tersebut, lima orang pondan yang berasal dari Thailand telah ditahan untuk pengesahan identiti dan siasatan awal.

Featured Tue, 27 Jan 2026

Titip Ucapan Terima Kasih Buat Rakan Artis, Puteri Balqis Mengaku Gagal -“Mak, Kakak Gagal Tapi…”

Aqish mengakui dirinya berasa gagal, terutama dalam memenuhi harapan ibunya.

error: Content is protected !!