Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 6, 2022 @ 3:24pm

Tersenarai Dalam ‘The 100 Most Awarded Musician of All-Time’, Siti Nurhaliza Kalahkan Celine Dion & Nicki Minaj!

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-time bersama barisan selebriti antarabangsa seperti Michael Jackson, Beyonce, dan BTS.

Dek kerana pencapaian membanggakan itu, nama Siti Nurhaliza kini ‘trending’ di Twitter!

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh sumber utama perkembangan pemuzik antarbangsa, The Artist Musuem, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu menduduki tangga ke-27 dengan jumlah anugerah yang diterima sebanyak 329 sepanjang kariernya.

Lebih menarik lagi, Siti berjaya mengalahkan barisan penyanyi terkenal antarabangsa seperti Justin Timberlake, Usher, Katy Perry, Celine Dion, Selena Gomez, Bruno Mars, dan kumpulan K-pop terkenal Super Junior, TWICE.

Wah, tahniah Siti, bukan calang-calang penyanyi ni! Hihi..

Meninjau reaksi ciapan tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa teruja dan berasa amat bangga atas pencapaian yang diterima penyanyi kegemaran mereka itu.

Untuk rekod, Siti adalah antara selebriti yang banyak memenangi anugerah baik tempatan mahupun antarabangsa sehingga beliau turut tersenarai dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 dan kekal dengan rekod tersebut.

Sekadar perkongsian mengenai anugerah yang dirangkul oleh Siti, antaranya 42 anugerah di Anugerah Industri Muzik, 25 anugerah di Anugerah Bintang Popular, 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik, 20 Anugerah di Anugerah Juara Lagu, empat di Anugerah MTV Asia, tiga di World Music Awards, dua di Anugerah Musik Indonesia dan pemegang dua rekod dalam Malaysia Book of Records.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Mar 2026

Trending Raya 2026: Ini 18 Iklan Raya Wajib Tonton

Debaran nak sambut Syawal tu makin hari makin terasa! Macam biasa, setiap tahun memang ramai yang tunggu kemunculan iklan atau filem pendek Raya daripada jenama-jenama terkenal tempatan. Bukan sekadar tontonan biasa, ada yang buat kita […]

Trending Fri, 26 Feb 2021
Featured Sun, 3 Jul 2022
Featured Fri, 24 Jan 2025

Shuib & Watie Sedia Tambah Anak – “Ini Masa Yang Sesuai, Ayyash Pun Dah Besar”

“Bila saya cakap perkara tu, Watie adalah manusia paling happy haritu” – Shuib

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

首韩团BTS帅踏《2017全美音乐奖》红毯

《2017全美音乐奖》20日(当地时间19日)在美国洛杉矶举行,然而除了欧美歌手齐聚一堂外,另一焦点就是来自韩国的防弹少年团(BTS)将以表演嘉宾的身份出席,也是韩团的第一人。

Featured Wed, 24 May 2023
error: Content is protected !!