Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 11, 2022 @ 3:00pm

Dikecam Netizen Akibat Pelitup Muka ‘Hauk’, Jovian Mandagie Tampil Beri Penjelasan – “Tak Perlu Caci Maki Saya, Ramai Salah Faham..”

Usahawan dan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie menerima tohmahan melampau netizen akibat kenyataannya mengenai isu pelitup muka bukan perubatan memerlukan perakuan SIRIM dan ia dipercayai telah menyinggung perasaan segelintir netizen.

Kenyataan Jovian yang menyifatkan perakuan SIRIM adalah untuk membanteras pelitup muka hauk di pasaran telah menimbulkan rasa tidak senang netizen sehingga ada yang berniat untuk memboikot produk-produk Jovian.

Menerusi satu hantaran terbaru di Instagram, Jovian menjelaskan netizen tersalah anggap mengenai kenyataan pelitup muka ‘hauk’ dan turut menegaskan dia tidak berniat untuk memperlekehkan pelitup muka lain di pasaran.

“Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka ‘hauk’ tempoh hari. Banyak salah faham, apa yang saya maksudkan itu ialah pelitup muka ‘Jovian Mask Tiruan’ yang berleluasa di pasaran.

“Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih dua tahun Jovian Mask Tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami, monogram kami, gambar promosi kami, nama kami, dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna.

“Saya rasa sesuailah saya gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan statement saya, tak ada niat nak guris hati anda,” tulisnya di akaun Instagram.

Dalam hantaran yang sama, Jovian turut menjawab isu SIRIM di mana menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang kelebihan seperti didakwa oleh segelintir netizen yang berkata Jovian hanya ingin mengaut keuntungan.

“Isu SIRIM, bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. Untuk pengetahuan semua, once the law imposed it will incur most cost to us as sellers?

“Dari mana pula saya akan untung lebih? And i can guarantee you all that my brand is not the first to have SIRIM stamp.

“Banyak brand di luar yang dah ada SIRIM stamp. Kita ni baru je nak apply,” tegasnya.

Jovian turut menyeru orang ramai untuk berhenti mencerca dan melemparkan kata-kata tidak senang mengenai perniagaannya yang dipercayai telah bertahan selama 15 tahun atas dasar kualiti barangan yang baik.

“Ramadan bulan suci ini, bukan saja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kot nak caci maki saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang perniagaan saya.

“Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain.

“Alhamdulillah, Jovian Mask berjaya berada dalam pasaran kerana sokongan semua Jovianista atas kualitinya yang memang bagus.

“Anti jerawat dan mudah bernfas tu tak boleh dinafikan. Jovian Mask kini dipasarkan oleh lebih 6,000 pengedar,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Undang-Undang SIRIM Dilakukan Untuk Banteras Pelitup Muka Kualiti Hauk Di Pasaran” – Jovian Mandagie

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 12 May 2020

Ada bilik hotel di Malaysia berhantu, hati-hati apabila memilih hotel

Buat kajian dulu, jangan nanti ada gangguan!

Hiburan Fri, 12 Jul 2024

Tengku Hassanal Minta Hormati Keputusan & Privasi Perkahwinan

“Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih,” – Tengku Hasanal

Trending Wed, 28 Aug 2019

Akhirnya Tol Percuma di Lebuhraya MEX

Siapa masa kecik-kecik tengok perarakan dan pertunjukan bunga api dekat Dataran Merdeka angkat tangan!

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Oh La La…Pertama Kali Dengar Terus Jatuh Chinta!

Saya mahu lagu gamelan Melayu yang diberi nafas baru ini dibawa ke peringkat antarabangsa.

Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Thu, 18 Dec 2025

“Ramai Wanita Sebenarnya Kalah Dengan Emosi Sendiri” – Madammu

Kata Madammu, kegagalan mengawal emosi menjadi antara faktor utama yang sering menjejaskan wanita dan kehidupan mereka.

Featured Wed, 11 Sep 2024
Featured Fri, 23 Aug 2024

“Ibu Rela Berkorban Untuk Anak-Anak Walau Terpaksa Lalui Jalan Berduri” – Patimah Ismail

Sebaknya! Yang mana masih ada mak… tak kisahlah ibu tunggal atau tak, tolonglah jangan abaikan mereka! Setiap saat tu sangat berharga😭❤️

error: Content is protected !!