Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 14, 2022 @ 11:29am

Sedapnya! KFC Double Down Kembali Mengganas

Bagi memeriahkan lagi Ramadan dan sambutan Syawal tahun ini, KFC Malaysia mengumumkan hidangan KFC Double Down kembali lagi mulai 14 April ini.

Dengan konsep ‘semua daging, tanpa roti’, duo KFC Double Down yang menampilkan Zinger Double Down dan Cheezilla Double Down mendapat permintaan ramai kerana berjaya memberikan kepuasan buat penggemar daging ayam.

Orang ramai boleh merasai sendiri kelazatan Zinger Double Down yang dibuat dari kepingan ayam rangup, keju cheddar, mayonis dan sos keju Jalapeno istimewa serta diapit bersama filet Hot & Spicy Zinger.

Hidangan Cheezilla Double Down turut menjanjikan kepuasan yang sama apabila dihasilkan dengan kepingan keju mozarela yang digoreng sehingga perang keemasan selain memberikan kepuasan tarikan keju lengkap dengan tekstur gebu, lembut dan kenyal.

Nikmati keenakan kedua-dua Double Down ini di semua restoran KFC bersama seisi keluarga atau dapatkan dengan lebih selamat dan mudah melalui KFC Delivery, Self Collect atau Pandu Ambil sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari www.kfc.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Tue, 15 Jul 2025
Featured Sat, 4 Apr 2026

DJ Sonic Gembira Ramai Titip Doa & Kata Semangat Buat Fazura – “Disaat Itu Kita Tahu Siapa Kawan, Siapa Lawan”

Sokongan yang diterima daripada orang ramai kepada selebriti popular, Fazura nyata menyentuh hati ramai termasuklah sahabat baiknya, DJ Sonic yang turut berkongsi rasa syukur melihat keprihatinan tersebut.

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Remaja 19 Tahun Beranikan Diri, Naik Bas Seorang Diri Dari Selangor Ke JB Untuk Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM

Remaja 19 tahun yang berasal dari Selangor mengambil langkah berani berkelana ke JB dengan menaiki bas seorang diri, cuba nasib uji bakat OIAM!

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Debaran Memuncak, Siapakah 5 Finalis Bakal Gegar Pentas Akhir? Nantikan Pengumuman Pada Rabu Depan!

XTRA XSTAR 2025 semakin mendebarkan! Siapakah 5 finalis bakal berentap di pentas akhir?

Trending Thu, 27 May 2021

Tarikh Bayaran i-Sinar Bermula Awal Jun Ini!

Boleh check tarikh bayaran nanti…

error: Content is protected !!