Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 14, 2022 @ 6:30pm

#SeoulSaranghae: Lee Jung Jae, Lee Byun Hun Kini Kembali Dalam Squid Game 2

Siri popular Netflix, Squid Game akan menemui peminatnya di seluruh dunia untuk musim kedua.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pengarahnya, Hwang Dong Hyuk menerusi sebuah program televisyen di Los Angeles iaitu, Deadline Contenders Television baru-baru ini.

“Sudah tentu Gi Hun akan kembali, begitu juga dengan watak Front Man,” katanya.

Watak Sang Gi Hun adalah lakonan Lee Jung Jae dan watak Front Man pula dibawakan oleh Lee Byung Hun.

Menurut Dong Hyuk, ini adalah kali pertama beliau tampil mengesahkan dua watak utama ini akan kembali membintangi Squid Game.

Ini kerana, terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan pihak produksi hanya akan kembali dengan siri popular ini sekitar tahun 2024.

Memetik laporan Soompi, Gong Hyuk juga percaya tayangan musim kedua siri Squid Game ini dapat membuka ruang kepada perbezaan bahasa untuk bertapak dalam pasaran antarabangsa.

“Saya berharap ia menjadi peluang kepada penonton Amerika Syarikat untuk melihat projek / filem  kami tanpa mengalih suara semasa menontonnya nanti,” jelasnya.

Untuk rekod, Squid Game menjadi fenomena di seluruh dunia apabila memenangi beberapa anugerah antarabangsa termasuklah, Golden Globe Award ke 79.

Bukan itu sahaja, permainan Dalgona turut menjadi ikutan bahkan, permainan Red Light Green Light termasuklah lagu tema permainan tersebut ‘Mugunghwa Kkoci Pieot Seumnida’ juga antara yang paling popular sehingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN:#SeoulSaranghae : Pemain Squid Game 001 Menang Golden Globe Awards, Ini Komen Ogy Ahmad Daud – “Tak Perlu Followers Berjuta, Tapi Dihormati Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN:Aktres Squid Game Jung Ho Yeon Nampak Lebih Kurus Daripada Biasa, Peminat Luah Rasa Risau

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Squid Game, Pemilik Nombor Telefon Dakwa Terima Panggilan Lebih 4,000 Kali Sehari

ARTIKEL BERKAITAN:‘Real Life’ Squid Game di Abu Dhabi… Biar Betul?

ARTIKEL BERKAITAN:Pengarah Squid Game Masih Dalam Perbincangan Untuk Kembali Musim Kedua

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Ijab & Kabul Sat, 18 Nov 2023
Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Terbit Semula Lagu Terlalu Cinta, Yovie Widianto Pilih Lyodra

Lagu ini pernah dipopularkan Rossa pada 2006.

Featured Wed, 25 Mar 2020
Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Events Mon, 13 Nov 2017

SIAPAKAH 12 FINALIS YANG BAKAL  MEMONOPOLI PENTAS AJL32? NANTIKAN!

Setelah tiga minggu berturut – turut disiarkan secara langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Keputusan final itu telah diumumkan oleh Pengacara Muzik-Muzik iaitu Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad.

Hiburan Sat, 8 Jun 2024
Hiburan Tue, 28 Oct 2025

“Semua Yang Kita Lakukan Tergantung Kepada Nawaitu” – Nur Fazura

Fazura nasihat pengikut setiap perbuatan tergantung kepada nawaitu, Allah lihat hasil

Trending Sat, 29 May 2021

Filem & Drama Hebat Primeworks Studios Ditayangkan Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Bagi menzahirkan sokongan terhadap komuniti filem tempatan, Disney+ Hotstar memeterai satu siri perjanjian beberapa tahun dengan pengedar dan aggregator kandungan premium di Malaysia, Primeworks Studios. Bermula 1 Jun ini, penonton di Malaysia boleh mengakses lebih […]

error: Content is protected !!