Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 22, 2022 @ 4:00pm

“Ajak Anak Tahfiz Berjoget & Terkinja-Kinja? Kita Kena Ada Common Sense…”- Fedtri Yahya Beri Teguran Kepada…

Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya tampil menyuarakan pendapatnya mengenai segelintir pihak yang tidak peka terhadap sensitiviti anak-anak yatim mahupun tahfiz.

Berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini, Fedtri mengakui sedikit terkejut dengan tindakan rakan artis yang dijemput ke majlis berbuka puasa sambil mengajak anak-anak yatim dan tahfiz untuk menari dan berjoget sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat maghrib.

Menurutnya, tindakan tersebut bukan sahaja membuatkan anak-anak ini kurang selesa tetapi ada yang terkejut dan berasa malu.

“Sekarang ni banyak aktiviti buka puasa yang panggil anak yatim, anak tahfiz semua tu. Dan terkejut saya bila mana pernah berlaku ada persembahan di pentas kan… lepas berbula, lepas solat maghrib tu ada yang menyanyi lagu raya semua dan berjoget.

“Tapi yang paling terkejutnya bila mana orang yang menyanyi dan berjoget tu, dia panggil pula anak tahfiz yang baru balik dari surau untuk berjoget, terkinja-kinja, menyanyi sampai budak-budak tu nampak terkejut dan minta diri untuk makan dan keluar,” katanya.

Justeru itu, pengacara Jejak Rasul ini juga mengingatkan kepada mana-mana artis yang selepas ini dijemput untuk membuat persembahan agar mempunyai common sense dan pertimbangan terhadap isu-isu sebegini.

“Jadi kita yang buat persembahan ni kena ada common sense, kena ada pertimbangan yang sesuai.

“Kita rasa sesuai, yang tak sesuai kita jangan buat. Sebab nanti kita akan mengaibkan diri sendiri dan juga menjatuhkan reputasi anak yatim dan anak tahfiz itu sendiri,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 25 Jun 2018

Masyuk…Tawaran Gaji Lebih Tinggi Untuk Penebar Roti Canai Tempatan

Gaji itu sama dengan gaji pekerja asing yang kita berikan malah ada tukang masak pekerja asing menerima gaji mencecah RM7,000 sebulan.

Featured Mon, 20 Apr 2020

Artritis menyerang tidak kenal usia

Jari juga perlu rehat

Events Fri, 11 Feb 2022
Trending Mon, 10 Aug 2020

Bank Rakyat Tawar Lanjutan Moratorium 3 Bulan, Cara Mohon Dengan Mudah

Buat mereka yang ingin memohon lanjutan moratorium..

Events Mon, 14 Jan 2019

陈慧恬笑称自己是「大吉」亲戚!

「送Happy流动卡车」造势活动送欢乐!Orange陈慧恬笑称跟吉祥物「大吉」是亲戚~

Hiburan Wed, 29 Oct 2025
Trending Fri, 31 Jan 2020

[VIRAL] Kes Kemaluan Bau Ikan Masin, Pelakon Ini Alami Tekanan Melampau

Semoga yang baik-baik sahaja buat Fairuz dan suami.

error: Content is protected !!