Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 26, 2022 @ 1:50pm

Peningkatan Kos Sara Hidup, KLCC Bayar Gaji Minimum RM2,500 Mulai 1 Mei

Pihak kerajaan sebelum ini memberitahu purata gaji minimum RM1,500 akan bermula pada 1 Mei 2022.

Susulan itu, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) membuat keputusan untuk menawarkan gaji minimum berjumlah RM2,500 kepada semua kakitangan sepenuh masanya, 40% lebih daripada yang ditetapkan kerajaan.

Tawaran gaji tersebut juga akan bermula pada 1 Mei 2022.

Pengurus Besar KLCC, Alan Pryor memaklumkan keputusannya untuk semakan kadar gaji minimum berkenaan adalah berdasarkan peningkatan kos sara hidup di bandar Kuala Lumpur.

“Pasukan pekerja adalah aset terbesar kami dan apabila kami meneruskan perniagaan dalam kapasiti penuh selepas dua tahun, keputusan ini adalah tepat pada masanya.

Tambah Pryor, usahanya berkenaan peningkatan gaji juga dipercayai berpunca daripada sektor hospitaliti yang menghadapi kekurangan tenaga kerja besar ketika negara mengalu-alukan acara antarabangsa dan pelancong asing ke Malaysia.

”Selepas Covid-19, kami berhadapan dengan pengurangan rantaian bekalan, tenaga kerja dan persaingan sengit di peringkat tempatan dan serantau.

”Dasar gaji dan pampasan yang lebih baik perlu dilaksanakan di seluruh industri untuk menarik bakat baharu dan meningkatkan semangat kakitangan semasa,” katanya.

Sementara itu, KLCC mempromosikan Program Dutanya yang disertai oleh pekerja sambilan serta menyediakan kursus asas pengendali makanan percuma, elaun latihan penyegaran, caruman Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, jadual kerja fleksibel, pakaian seragam, makan bertugas dan elaun pengangkutan syif malam.

Sumber: Malaysia Gazette

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Aug 2025

Ibu Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anna Jobling – “Happy Birthday Anak”

Ariz titip ucapan hari lahir yang ke 25 tahun buat satu-satunya anak perempuannya.

Trending Mon, 21 May 2018

Wanita Disangka Pengemis Sah Berstatus Jutawan Selepas Meninggal Dunia!

Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta)

Trending Tue, 22 Oct 2019

This South Korean Formula in Calculating Your Alleged “Ideal Weight” Got Internet Dumbfounded

South Korea’s beauty standard has always been a quite controversial topic, but this particular one is really kind of genius?

Trending Thu, 12 Sep 2019

Celcom XPAX’s Calling All ML Legends and PUBG Chicken Dinners to a Nationwide Rumble for a Cash Prize of RM180,000!

Coming back for its semester 2, #XPAXKEK awaits to crown the most legendary of all in Malaysia’s top campus esports this September.

Hiburan Mon, 29 Sep 2025

23 Tahun Berkarya, Misha Omar Ukir Sejarah Manis Wajah Terpampang Di Times Square

Misha Omar terharu terpampang di New York, Times Square #SpotifyEQUAL

error: Content is protected !!