Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 27, 2022 @ 5:31pm

Tetak 4 Ahli Keluarga, Pemandu Lori Dihukum 60 Tahun Penjara & 8 Sebatan

Susulan tragedi berdarah melibatkan empat ahli keluarga yang ditetak dengan parang baru-baru ini, teruduh telah dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dengan lapan sebatan.

Perbicaraan yang dibacakan pada Selasa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi melaporkan tertuduh, Mohd Hadi Hashim, 38, mengaku bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan

Tertuduh didakwa secara berasingan atas pertuduhan menetak ibu mertuanya, dua adik ipar serta isteri dalam kejdian pada 7.45 malam pada 14 April lalu yang terjadi di Jalan Siakap, Kampung Sedili Kecil, Kota Tinggi.

Semasa kertas pertuduhan dan fakta kes dibacakan di mahkamah, tertuduh berdiri sambil menundukkan kepala berkata dia memahami pertuduhan dan akibatnya.

Hakim Mahkamah Sesyen Norsiah Ujang membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan yang disabit kesalahan.

Hakim Norsiah Ujang turut mengarahkan hukuman penjara untuk berjalan serentak.

Terdahulu, Mohd Hadi terlebih dahhulu menyerang ibu mertuanya, Puasa Yasik, 57 dengan menetak parang sepanjang. 79 sentimeter (sm) di kepala dan lengan.

Susulan kekecohan itu, kakak iparnya, Norwadiha Rosli, 32, keluar dari bilik tidurnya untuk membantu ibunya namun dia turut ditetak di kepala oleh Mohd Hadi.

Tertuduh turut didakwa memukul kepala dan leher adik iparnya, 16, dengan menggunakan parang yang sama sehingga menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri apabila remaja lelaki tersebut mencuba untuk dapatkan bantuan.

Isteri tertuduh, Norwahida Rosli, 32, turut ditetak di kepala ketika cuba bersembunyi daripada tertuduh di bilik tidur mereka.

Selepas itu, tertuduh bertindak untuk melarikan diri dengan menaiki kereta Honda Accord sebelum jiran di hadapan rumah mereka menghubungi pihak polis berkaitan tragedi berdarah itu.

Tertuduh ditahan pada 12:30 tengah hari pada 20 April lalu di Jalan Persiaran Indahpura 4, Kulai.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi manakala Mohd Hadi diwakili peguam Nurshuhadah Mahzan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Sumber: The Star

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Feb 2025
Trending Fri, 26 Feb 2021
Featured Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Sun, 23 Mar 2025

‘10 Malam Terakhir’ Singkap Keistimewaan Sepuluh Hari Terakhir Ramadan

Program bual bicara eksklusif ‘10 Malam Terakhir’ bakal menemani penonton

Trending Thu, 12 Sep 2019

Celcom XPAX’s Calling All ML Legends and PUBG Chicken Dinners to a Nationwide Rumble for a Cash Prize of RM180,000!

Coming back for its semester 2, #XPAXKEK awaits to crown the most legendary of all in Malaysia’s top campus esports this September.

error: Content is protected !!