Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 28, 2022 @ 1:03pm

“Menuntut Ilmu Digalakkan Sehingga Ke Liang Lahad” – Siti Nurhaliza Ada Keinginan Untuk Sambung Belajar

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dilantik menjadi duta pendidikan bagi jenama Binary Universiti (BU).

Menurut Siti, pelantikan tersebut dilihat sebagai sebuah platform terbaik untuk menggalakkan orang ramai menuntut ilmu sekali gus dirinya juga teringin untuk menyambung pelajaran jika ada masa terluang.

“Jika dilihat pada usia saya, memang agak terlewat jika ingin sambung pelajaran. Maklumlah, melihat pada komitmen seni, jadual yang padat dan rutin sebagai ibu pun perlukan tuntutan pembahagian masa yang teliti.

“Begitupun, ada juga terdetik di hati simpan impian, mungkin untuk belajar kursus jangka pendek di Binary University. Bagaimanapun, segalanya perlu bersandar pada kemampuan diri selain tidak memerlukan komitmen tinggi.

“Menuntut ilmu itu digalakkan sehingga ke liang lahad. Kalau ada kesempatan, mungkin saya boleh pertimbangkan bidang keusahawanan bagi mengukuhkan lagi ilmu saya sebagai ahli perniagaan,” katanya.

Tambah Siti, tidak salah untuk menambah ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi dalam bidang keusahawanan.

“Pandemik COVID-19 melanda negara dan dunia memberikan hikmah besar kepada kita semua. Ramai yang dilihat menceburkan diri dalam keusahawanan.

“Bagi saya, tak salah untuk menambah ilmu berniaga dengan belajar secara formal. Saya sendiri juga dibantu dengan mereka yang profesional dan mahir dalam mengukuhkan empayar perniagaan.

“Siapa tahu, mungkin graduan bidang keusahawanan di BU boleh diserap menjalani latihan amali atau perindustrian mahupun bekerja di syarikat SimplySiti. BU sendiri menawarkan tiga diploma membabitkan bidang keusahawanan,” katanya lagi.

Perkembangan terbaru, Siti kini berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan umrah bersama pengurusnya.

Selain itu, Siti sempat menerbitkan lagu raya terbaru berjudul Lip Lap Raya baru-baru ini dan berkolaborasi dengan Atta Halilintar serta Aurel Hermansyah menerusi lagu Alhamdulillah.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Featured Tue, 7 Jan 2025
Hiburan Tue, 9 Jun 2026

Sarimah Ibrahim Ambil Tindakan Undang-Undang, Mahu Henti Fitnah & Gangguan Dalam Talian

Sarimah akhirnya mengarahkan pihak peguam untuk mengambil tindakan undang-undang demi melindungi nama baik, kesejahteraan peribadi

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Fri, 13 Oct 2023

Netizen Serang Instagram ND Lala Soal Perbalahan Keluarga, Respons Tuan Badan Seakan Tidak Peduli?

Hmm apa kata ND Lala? Semoga dipermudahkan segala urusan mereka

Hiburan Wed, 11 Feb 2026

Netizen Bongkar Que Haidar Jadi Top Viewer Siaran Langsung TikTok Fazura – “Terus She Behave”

Individu tersebut mendedahkan Que Haidar menjadi penonton paling tinggi sesi siaran langsung Fazura di TikTok

Trending Tue, 7 Jul 2020

Malaysia Bakal Alami Kegawatan Ekonomi Lebih Dasyat? Ini Jawapannya..

Umum mengetahui, Malaysia kini mengalami kegawatan ekonomi yang merundum. Semenjak PKP bermula, kerajaan terpaksa menanggung kerugian hampir berbillion. Kadar inflasi ini membimbangkan rakyat dan muncul persoalan sekiranya kegawatan ekonomi ini lebih dasyat berbanding apa yang […]

error: Content is protected !!