Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 18, 2018 @ 9:28am

Satu Maut, Enjin pesawat Southwest Airlines Meletup

Cemas! Ini merupakan tragedi pertama membabitkan penerbangan komersial Amerika Syarikat (AS) selama hampir sedekad selepas enjin pesawat Southwest Airlines dari New York ke Dallas meletup!

Dalam kejadian itu, seorang penumpang dilaporkan maut dan memaksa pesawat berkenaan melakukan pendaratan cemas.

Pesawat Boeing 737-700 berlepas tanpa sebarang insiden namun beberapa minit selepas itu penumpang mendengar letupan pada enjin kiri, menyebabkan serpihannya berterbangan menembusi tingkap dan topeng oksigen terkeluar.

“Kami percaya ada serpihan berterbangan dari enjin. Insiden menyebabkan seorang maut,” kata Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Robert Sumwalt, pada sidang media, mengesahkan kegagalan enjin namun tidak berlaku kebakaran.

Media AS melaporkan, tujuh penumpang cedera ringan dalam insiden itu dan identiti mangsa yang maut bagaimanapun tidak didedahkan.

Menurut Southwest Airlines, penerbangan 1380 dari lapangan terbang domestik New York di La Guardia ke Love Field, Dallas itu membawa 144 penumpang dan lima kru.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia pada jam 11.20 pagi waktu tempatan selepas kru melaporkan kerosakan satu daripada enjin dan pada badan pesawat serta sekurang-kurangnya satu tingkap.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan pesawat! Ia sedang menjunam! Enjin meletup ketika di udara dan menerbangkan tingkap sejauh tiga kerusi dari saya. Letupan menyebabkan seorang wanita yang duduk berhampiran tingkap cedera parah,” menurut Marty Martinez dalam siaran langsung Facebook, menunjukkannya dalam keadaan panik dan bernafas menggunakan topeng oksigen.

Sumber: AFP

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 4 Aug 2019

Kerana Berlian RM1.3 Juta Rakyat Malaysia Ditahan Di India

Kata kena hantar pada rakannya tetapi siapakah dia? Betul ke harganya RM1.34 juta

Featured Tue, 15 Nov 2022
Hiburan Mon, 19 Aug 2024

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

Benar, Syamsul telah failkan cerai terhadap Ira pada petang tadi (Isnin) – Peguam Azmi Rais

Featured Wed, 26 Mar 2025

Gabung Elemen Moden & Tradisional, Andi Bernadee Tampil Dengan ‘Inikan Hari Raya’

Penyanyi berbakat Andi Bernadee kembali dengan karya baharu, menandakan penampilan sulungnya dengan lagu Hari Raya secara solo.

error: Content is protected !!