Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain April 28, 2022 @ 2:35pm

“Hati Saya Semakin Tenang…” Margaret Gan Peluk Islam Dengan Rela Hati

Pelakon veteran, Margaret Gan, 79, kini sudah memeluk agama Islam dengan rela hati dan ikhlas kerana Allah SWT sejak 15 Februari lalu.

Menurut Margaret, hatinya semakin tenang dan rezekinya melimpah-ruah sejak memeluk agama Islam walaupun di usia 80 tahun.

“Hati saya semakin tenang, rezeki pun melimpah-ruah daripada Allah. Saya bersyukur pada usia menghampiri 80 tahun ini, akhirnya diberikan hidayah oleh Allah,” kata Margaret.

Margaret turut mengatakan anak tunggalnya, Muhammad Taufiq Gan, 37, merupakan insan yang paling gembira dan bersyukur selepas dia memberitahu hasratnya untuk memeluk Islam dan menjadi seorang muslim.

Selain itu, Margaret sempat kongsikan bahawa anaknya itu sudah memeluk Islam sejak berusia 14 tahun dan sentiasa sabar menunggu dia ikut berhijrah bersamanya.

“Anak saya memeluk Islam ketika dia berumur 14 tahun dan masih bersekolah. Kini, pada usianya sudah 37 tahun dan selepas 14 tahun dia sabar menunggu saya terbuka hati untuk mengikut sama dengannya menjadi seorang muslim.

“Saya bersyukur Allah membukakan pintu hati saya pada usia sekarang ini dengan memberikan hidayah-Nya dan sekali gus doa anak, menantu serta cucu dimakbulkan hingga saya kini seorang Islam dan muslim,” katanya.

Margaret turut berkongsi rasa teruja kali pertama berpuasa Ramadan kerana mendapat undangan untuk menghadiri majlis berbuka puasa setiap hari serta rezeki datang tidak putus-putus.

“Setiap jemputan itu bagi saya, rezeki daripada Allah. Kebetulan saya ada masa lapang, jadi buat apa nak tolak. Anak pun izinkan dan saya ke majlis itu dihantar oleh pemandu.

“Sekarang, saya menikmati sisa hidup ini dengan gembira dan bahagia. Alhamdulillah, anak saya adalah individu yang membimbing saya mendalami Islam. Malah, dua orang cucu saya juga suka mengajak solat bersama,” jelasnya.

Margaret turut yakin anaknya Muhammad Taufiq, dapat membimbingnya dengan baik kerana tertarik dengan cara kehidupan anaknya memimpin keluarganya sebagai seorang muslim.

“Apapun, saya tertarik dengan agama Islam ini kerana melihat cara kehidupan anak saya dalam memimpin keluarganya. Jadi, saya yakin dia (anak) mampu juga membimbing saya menjadi seorang muslim yang baik,” katanya.

Margaret turut mengatakan dia juga banyak berzikir pada Ramadan ini kerana mengikut kata anak di mana seelok-eloknya berzikir lebih 1,000 kali itu banyak pahalanya.

Malah, dia ikutkan saja apa yang disarankan anaknya dan alhamdulillah, hatinya amat tenang.

Margaret turut menyatakan dia sedia menerima tawaran berlakon dengan watak sesuai sebagai seorang muslim dan berhijab.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 6 Oct 2018

Tiada Lagi Operasi Khalwat Lepas Ini? Menteri Minta Tunggu Isnin Untuk Pencerahan

Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen. Sabar ya semua!

Hiburan Mon, 3 Feb 2025

Dah Bertunang 9 November Lalu, Bakal Suami Wanna Ali Anak Bekas Ketua Polis

Wanna Ali dedah detik perkenalan bersama tunang iaitu anak bekas ketua polis negara

Trending Fri, 8 Jan 2021
Featured Fri, 8 Nov 2024

Terima Mas Kahwin RM100, Ina Naim Akhirnya Sah Bergelar Isteri

Ina dan pasangannya yang dikenali sebagai Mohd Khairul Rizal sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja.

Trending Thu, 28 Dec 2017

Ibu Kepada 3 Orang Anak Gantung Diri Di Dalam Bilik

Cekik anak perempuannya sampai mati, ibu kepada 3orang anak gantung diri di dalam bilik

Featured Thu, 19 Oct 2023
Featured Fri, 15 May 2026

‘Main-Main’ Jadi Pengantin, Komen Shila Amzah Terhadap Aina Abdul Curi Perhatian

Aina Abdul menerusi platform media sosial miliknya mencuri perhatian apabila dia tampil menggayakan kemeja putih dan bergaun hitam yang dipadankan bersama veil mencuri perhatian ramai.

error: Content is protected !!