Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 16, 2022 @ 2:44pm

“Tiba-Tiba Mengandung!” – Watak Wafariena Undang Benci, Netizen Cari Siapa Bapa Kepada Bayi Nurul Ain!

Drama rantaian 7 Hari Mencintaiku yang bersiaran di TV3 menerusi slot Akasia semakin mengundang perhatian dan cemuhan penonton setianya.

Watak Nurul Ain yang dibawa oleh Wafariena, terus menerus mengundang kebencian netizen apabila kali ini dikejutkan dengan kehamilannya secara tiba-tiba.

Bukan itu sahaja, penonton setia drama ini juga turut berteka-teki siapa bapa kepada anak yang dikandungkan oleh Nurul Ain itu.

“Adakah Pak Samad, Burhan, Zaidi? Kalau tak dapat jawab sambungkan talian hayat pada Mak Leha. Naluriku berkataaaaaaaaa…. Zaiidiiiiii!!!!! Kifarah to Nadiaaaaaa….,” tulis seorang peminat Wafa.

Selain itu, perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Bil Azali yang membawa watak sebagai Zaidi dalam drama tersebut turut mengundang persoalan buat peminat drama itu.

“Trust the process. Dr Zaidi is on set of #7hmk3,” tulis Bil Azali

Rata-rata netizen turut berpendapat bahawa anak yang dikandungkan Nurul itu adalah anak Zaidi.

“Aku pun dah sesat nak siasat anak siapa yang Nurul kandung tu. Dari TikTok aku datang ni,” tulis peminat Bil.

“Ni kalau betul, padan muka si Nadia tu,” tulis seorang netizen.

Walaubagaimanapun, peminat memuji kehebatan lakonan Wafariena yang berjaya mengundang kebencian penonton menerusi drama ini.

“Menyirap siot tadi tengok Nurul. By the way, mantap lakonan Wafa,” puji seorang peminatnya.

Selain Wafariena, 7 Hari Mencintaiku 3 hasil karya Siti Rosmizah turut dijayakan oleh Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan 7 Hari Mencintaiku 3 setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam di slot Akasia, TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 28 Nov 2024

Bekpes Hot Baca Nama Graduan Sempena Majlis Konvokesyen UKM! Johan Paling Power, Sampai Mic Pun Boleh Jatuh

Johan kelihatan diberi tugas membaca nama-nama graduan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-52 baru-baru ini.

Hiburan Wed, 13 Nov 2024
Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Hiburan Thu, 8 Feb 2018

SAYANGNYA KAMI BUKAN KEKASIH – SYAMEL

Menurut Syamel, panggilan sayang itu hanya sekadar gurauan dan tidak membawa sebarang maksud. Malah, bagi Syamel dia dan Erni hanyalah kawan baik sahaja

Hiburan Fri, 10 May 2019

「大马好女声」林文荪608办售票音乐会

「大马好女声」林文荪608首场个人售票音乐会!明早10时开始售票~

error: Content is protected !!