Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops April 19, 2018 @ 5:16am

Nora Danish Menangis Kerana Bayinya Dikecam Netizen?

Mendapat zuriat merupakan detik yang paling manis bagi setiap ibu. Anak yang dilahirkan pasti dijaga dan disayangi ibarat menatang minyak yang penuh. Begitulah perasaan Nora Danish yang baru sahaja dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama, Neqayl atau nama manjanya, Ney Ney.

Namun, Nora baru-baru ini berkongsi perasaan kecewa dan sedih beliau kerana bayinya itu turut menjadi bahan kecaman netizen yang mengatakan baby Ney Ney tidak memiliki rupa yang comel dan tidak mewarisi genetik ibu-bapanya.  

 

Bagi Nora, dia juga manusia biasa, pasti ada sahaja yang mengutuk fizikalnya. Namun, menghina rupa anaknya yang masih kecil itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Tentulah saya berasa sangat emosi. Cuba perkara ini terjadi pada orang di luar sana, pasti mereka akan menangis juga. Perkara sebegini harus dihentikan,” kata Nora.

 

 

Walau bagaimanapun, Nora bersyukur kerana suaminya, sering memujuk dan menasihati beliau agar menghiraukan komen-komen negatif tersebut. 

Meskipun kesal dengan sikap segelintir pihak, Nora meminta agar netizen lebih berhemah dan berhati-hati sebelum meninggalkan sebarang komen.

Apapun, semoga Nora Danish Dan Nedim sabar menghadapi dugaan. Al-maklumlah, netizen zaman sekarang memang suka jaga tepi kain orang. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Dipilih Jadi Duta Jus Perawan, Apa Komen Diana Danielle?

Jadi jurucakap jus perawan…masih hebat Datin Diana!

Hiburan Fri, 16 Aug 2024

Persoal Kematian Abang, Aufahanie Selar Individu Sebar Fitnah Melampau!

Amboiii mulut, kesian arwah 😢 Janganlah buat sebarang spekulasi

Drama Sat, 20 Apr 2024
Featured Fri, 22 Sep 2023
Hiburan Mon, 8 Jan 2024

Fuad Rahman Dituduh Masih Tak Berubah, Tom Pertahankan Suami

Hmm tak baiknya tuduh macam tu.. Siapa kita nak hukum?

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Mon, 26 Jan 2026
error: Content is protected !!