Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir May 18, 2022 @ 11:29pm

“Saya Memang Bertudung” – Pakai Wig, Normah Damanhuri Tak Mahu Rambut Sendiri Terdedah

Pelakon veteran, Normah Damanhuri memilih untuk mengenakan rambut palsu demi menjayakan watak filem ‘Tiga Janda Melawan Dunia’ memandangkan penampilannya yang bertudung.

Menurut Normah, dia sendiri yang sanggup menggayakan rambut palsu ketika ditanya pengarah filem, Hyrul Anuar untuk bereksperimen dalam filem itu.

“Semasa Hyrul mempelawa saya untuk terlibat dalam filem ini, dia ada tanya saya, sejauh mana saya membenarkan dia untuk bereksperimentasi dengan watak yang diberikan dalam naskhah ini.

“Saya memang bertudung. Tapi untuk filem ini, saya kata boleh kalau mengenakan pemakaian rambut palsu. Saya sendiri yang cakap begitu pada Hyrul. Tak adalah sampai betul-betul menampakkan rambut saya sendiri.

“Pakai rambut palsu masih lagi okey. Itu saja had yang saya boleh berikan demi komitmen pada filem ini,” katanya.

Pada masa yang sama, pelakon berusia 68 tahun ini enggan peduli akan kritikan dan cemuhan netizen dengan tindakannya itu.

“Biarlah orang nak kata apa pun,” katanya lagi.

Filem komedi ‘Tiga Janda Melawan Dunia’ arahan pengarah muda, Hyrul Anuar turut dibintangi oleh Raja Azura, Khatijah Tan, Rosnah Mat Aris, Norman Hakim dan dua pelakon baharu iaitu Abbas Mahmood dan Ellyza Azizi dan akan ditayangkan bermula 19 Mei 2022.

Sumber: OhBulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Aug 2023
Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Penyiar Antarabangsa German Jalinkan Hubungan Digital Bersama Tonton

Deutsche Welle (DW) mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama bersama tonton. 

Trending Mon, 14 May 2018

Gempar! Indonesia Kembali Berdarah

Pengeboman di tiga gereja itu adalah yang terburuk di Indonesia selama bertahun, ketika negara majoriti Islam di dunia itu bergelut menangani militan tempatan dan meningkatkan sikap tiada toleransi terhadap minoriti agama.

Events Thu, 21 Mar 2019

Karnival Jom Heboh dan Grand Bazaar Ramadan Anjuran TV3 Dan BUR

Jom kunjungi Karnival Jom Heboh 2019 dan Grand Bazaar Raya!

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Featured Sat, 4 Mar 2023
LIFESTYLE Sat, 1 Sep 2018

Whoops…Ini Tanda Kamu Sedang ‘Date A Playboy’

Lelaki Playboy. Pernahkah anda mengenal ciri-ciri Lelaki Playboy ? Jika tidak pernah jom ketahuinya di sini..

Hiburan Mon, 4 Aug 2025

Cakra Khan Hadiahkan Persembahan Penuh Emosi Dalam Konsert Divine

Cakra Khan imbau momen indah bersama Almarhum Bapa

error: Content is protected !!