Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir May 22, 2022 @ 6:28pm

“Saya Beli Dengan Titik Peluh Sendiri” – Amar Baharin Bengang Dengan Pihak Pengurusan Rumah

Sekali lagi masalah berkaitan dengan isu perumahan heboh diperkatakan selepas insiden yang terjadi kepada pengacara Awal Ashaari heboh diperkatakan ramai.

Terkini, pelakon Amar Baharin turut berkongsi masalah berkaitan isu rumah apabila pihak pengurusan Joint Management Body (JMB) di kawasan kediaman miliknya yang terletak di Semenyih tidak membenarkan aktiviti penggambaran di premis tersebut.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Amar mempersoalkan mengenai hak dirinya selaku pemilik rumah berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

“Saya pemilik mutlak rumah itu namun tidak menetap sepenuhnya di situ disebabkan lebih banyak kerja di Kuala Lumpur dan menetap di rumah saya di sana.

“Sebagai pelakon saya sering menggunakan kediaman sendiri untuk penggambaran dan saya akur setiap aktiviti keluar masuk di rumah memerlukan kebenaran pihak pengurusan.

“Tetapi baru-baru ini saya didatangi oleh wakil dari JMB dan meminta bukti kebenaran penggambaran di rumah saya. Wakil saya telah berhubung dengan pihak pengurusan dan mengesahkan kebenaran tetapi JMB tidak berpuas hati dan cuba mencari salah saya,” katanya.

Menurut Amar, tindakan yang dilakukan terhadapnya itu merupakan satu perbuatan ‘gila kuasa’ pihak berkenaan.

Tambah Amar, setiap individu perlu menjalinkan hubungan baik dalam kalangan jiran dan bukan hanya mencari masalah apabila diberikan kuasa.

“Apa guna saya sebagai pelakon membeli rumah di kawasan yang tidak dibenarkan untuk buat penggambaran sedangkan itu kerjaya saya dan saya beli rumah tersebut hasil titik peluh sendiri.

“JMB ni bila ada kuasa setahun dah lupa diri. Belum jadi wakil rakyat. Sampai mesyuarat agung tahunan pasti kena tukar,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

Dah Tengok PULANG Ke Belum? Kalau Belum, Jom Layan Di Netflix!

Berita gembira ini diumumkan oleh pihak Media Prima Berhad di mana ini merupakan kali pertama untuk audiens global yang akan dipaparkan melalui platform Amerika Syarikat berasaskan penstriman itu.

Trending Fri, 20 Sep 2019
Trending Fri, 17 Jul 2020
Trending Tue, 13 Feb 2018

IQRAM DINZLY VS NUR SAJAT

Iqram berpakaian ala ala perempuan dengan blazer berekorkan  skirt jarang berseluar thight manakala Sajat pula persis “ratu cantik” dalam fesyen gaun labuh shoulder cut bergemerlapan.

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

‘Ada Sebab Kenapa Allah Tak Bagi…’- Marsha Luah Hasrat Jadi Ibu

Semoga impian Marsha untuk mendapatkan zuriat satu hari nanti terlaksana, Amin…

error: Content is protected !!