Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 25, 2022 @ 10:40pm

Sekian Lama Berdiam Diri, Siti Hariesa Tampil Jawab Isu Babak Intim Bersama Zul Ariffin – “Saya Tidak Menyesal Kerana..”

Pelakon baharu, Siti Hariesa baru-baru ini heboh menjadi sebutan orang ramai setelah dihimpit kontroversi babak panas dalam drama Perempuan Itu bersama aktor Zul Ariffin.

Sekian lama mengunci mulut, Hariesa akhirnya tampil bersuara mengenai isu tersebut yang telah menggemparkan netizen di serata media sosial.

Malah, nama pelakon terkenal, Zul menerima tohmahan dan kritikan yang teruk akibat babak intim itu.

Hariesa bagaimanapun mengakui tindakannya untuk berdiam diri adalah satu keputusan yang tepat bagi meredakan situasi panas tersebut agar tidak berlanjutan.

“Saya tak hilang ke mana-mana. Cuma, saya bercuti selama sebulan selepas selepas penggambaran drama Perempuan Itu.

“Tindakan berdiam diri kerana saya tak mahu mengapi-apikan dan terus sensasi isu ini. Lebih baik saya membisu daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Ditanya mengenai perasaan pelakon itu saat namanya menjadi bualan hangat netizen, Hariesa menyifatkan ‘kekecohan’ yang berlaku itu sebagai satu pengalaman yang amat melucukan.

“Pada mulanya, saya rasa lawak apabila babak ini tular. Kemudiannya, barulah saya sedar beginilah perasaannya apabila diri ditularkan.

“Saya tidaklah menyesal kerana sebagai pelakon, saya kena profesional. Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka,” ujarnya.

Ekoran keberaniannya melakonkan babak panas itu, Hariesa memberitahu dia teruk menerima pelbagai kecaman netizen yang dihantar menerusi mesej peribadi.

“Keluarga dan rakan-rakan ada berpesan agar jangan membaca komen. Namun, disebabkan keluar notifikasi, saya bacalah juga, cuma saya tak balas,” katanya sambil tertawa.

Bagaimanapun, Hariesa tidak menafikan isu sensasi yang melandanya itu memberikan impak dan pengajaran yang besar, terutamanya dalam memilih watak lakonan.

“Insya-Allah, saya akan lebih teliti dalam menerima tawaran berlakon kerana ini adalah kali pertama saya ditularkan dan menerima kecaman hebat,” ungkapnya.

Terdahulu, Siti Hariesa menjadi buruan media selepas sedutan babak intim bersama pelakon hero malaya, Zul Ariffin meriah perhatian orang ramai yang kesal dengan babak itu.

Antara babak mencetuskan kemarahan ramai membabitkan aksi Zul mendukung Siti Hariesa dan adegan menyuap ‘whipping cream’ ke mulut Zul dengan aksi mengghairahkan.

Artikel Berkaitan: #WhazzupNetizen: Adengan Panas Zul Ariffin, Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tips & DSV Didakwa Tunggang Agama? Apa Cerita Ni?

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Aug 2022

“Paru-Paru Ada Tar, Dah Rosak” – Alif Satar Dedah Pesakit COVID-19 Merokok Terima Rawatan Berbeza

Alif Satar mendedahkan pesakit COVID-19 yang merokok dirawat dengan cara berbeza.

Featured Tue, 13 Sep 2022
LIFESTYLE Fri, 28 Jun 2019

Cuti Am 30 Julai Ini

Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri.

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Wow! Usia 20 Tahun Tapi Dah Mampu Beli Rumah RM 46 Juta

Dengan harga USD 12 juta, rumah berkeluasan sekitar 4,023 persegi ini turut memuatkan lapan bilik tidur. Fuh, besar tu!

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Syafiq Abdilah, Killa Driz Ungkap Luka & Harapan Dalam ‘Sepanjang Malam’

Syafiq Abdilah bergabung tenaga dengan Killa Driz menerusi single terbaharu berjudul Sepanjang Malam.

Hiburan Fri, 30 Jan 2026
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Trending Tue, 20 Nov 2018

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Trending Fri, 2 Jul 2021
error: Content is protected !!