Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 19, 2018 @ 8:38am

Hantaran Unik Dynas Buat Bakal Suami

Bakal melangsungkan perkahwinan pada Sabtu ini, pelakon jelita Dynas Mokhtar menghadiahkan sesuatu yang cukup istimewa kepada bakal suaminya itu. Bukan kasut, bukan bag, bukan baju…tapi sebuah rawatan lasik untuk yang tersayang!

Unik sekali hantaran Dynas buat bakal suaminya, Shazrik Din. Rawatan lasik berjumlah RM13,000 dijadikan hantaran pernikahan. Menurut Dynas, ia merupakan kejutan buat Shazrik yang memakai cermin mata sejak berusia lapan tahun.

“Saya anggap ini hantaran paling istimewa. Daripada saya belikan barang lain, lebih baik saya hadiahkan sesuatu yang bermanfaat dan boleh dikenang sampai bila-bila.

“Apatah lagi, saya juga pernah menjalani rawatan ini. Jadi, saya tahu betapa nikmatnya daya penglihatan kembali pulih,” katanya.

Menurut Dynas kepada Harian Metro, dia membawa Shazrik bertemu pakar mata untuk melakukan pemeriksaan biasa namun sebenarnya temu janji itu adalah rawatan lasik.

Never too late for a facial , days before the wedding . #RikDy @prinzgiampapamedisuite

A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on

“Shazrik takut bertemu doktor, jadi saya aturkan rawatan ini secara rahsia. Apabila sampai di sana, doktor terus melakukan rawatan berkenaan yang hanya mengambil masa dua minit.

“Dia terkejut dan berterima kasih kerana tidak perlu lagi memakai kaca mata atau kanta lekap. Kalau sebelum ini, benda pertama dicari selepas bangun tidur adalah cermin mata, tetapi kini tidak lagi.

“Malah Shazrik juga sudah boleh bersukan dengan selesa. Pendek kata dia sangat gembira. Lagi satu, masa nak nikah nanti dia boleh melihat wajah Tok Kadi dengan jelas,” katanya.

Bagaimanapun, Dynas berkata dia masih menyediakan lapan hantaran lain berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Majlis yang bakal berlangsung Sabtu ini adalah perkahwinan keduanya selepas bercerai empat tahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 2 Nov 2018

5 Tips Menjaga Laptop Supaya Tahan Lama

Untuk laptop anda bertahan lebih lama dan mempunyai jangka hayat yang panjang,kenalah jaga dengan betul.

Hiburan Thu, 1 Mar 2018

Kami Mohon Maaf – Naelofar Hijab

Syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Events Fri, 15 Aug 2025
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

第75届金球奖 《意外》横扫4奖项成大赢家

第75届《金球奖》于马来西亚时间8日早上9时盛大举行!《意外》横扫4奖项成为本届大赢家;影帝由凭着《最黑暗的时刻》精湛演出获得肯定的盖瑞欧德曼,而影后则是由《意外》法兰西斯麦多曼摘下宝座。

Hiburan Mon, 13 Dec 2021

“Rosyam Nor Pernah Cakap… Kalau Tak Dapat, Dia Nak ‘Ketuk’ Saya” – Zul Ariffin

Pelakon popular, Zul Ariffin masih teringat gurauan pelakon berbakat, Datuk Rosyam Nor ketika dia menerima trofi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26) pada tahun 2014. Menurut Zul yang baru sahaja […]

Featured Sat, 2 Apr 2022

Terpanggil Menjayakan Misi Kemanusiaan Di Lubnan, Anuar Zain Persiap Mental & Emosi

Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan segala urusan 🤍❤️

error: Content is protected !!