Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 4, 2022 @ 5:15pm

Didakwa Jual Produk ‘Timbang Kilo’ & Overclaimed, Nana Mahazan Minta Netizen Buat Kaji Selidik Sebelum Tuduh

Pengacara Nana Mahazan atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 38, telah menceburi bidang perniagaan sejak 2018 lagi menerusi perniagaan kosmetik, Nana Mahazan Beauty.

Namun, ketika perniagaannya sedang meningkat naik ada yang melemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan tanpa asas mengenai produk penjagaan kulit yang dijualnya iaitu Kiwi Skincare.

Tidak cepat mengalah, Nana tampil menempelak tuduhan segelintir pihak yang mendakwa produknya adalah produk timbang kilo dan ‘overclaimed’ seperti pengasas-pengasas kosmetik lain.

Menerusi sebuah video perkongsian yang dimuat naik di akaun Instgram (IG) miliknya baru-baru ini, Nana mengakui penat melayan tuduhan warganet tetapi jika mendiamkan diri mereka akan menganggap dakwaan tersebut adalah benar.

“Ikutkan penat kadang-kadang nak jawab tuduhan dan andaian orang maca mini sesuka hati cakap seperti tak ada insurans. Tapi nanti tak jawab kata kita tak benar pula.

“Sebenarnya sebelum nak keluar atau tulis komen caci-maki, menyakitkan hati dan segala macam aura negatif, yang pertama sangat penting lakukan kaji selidik atau research,” ujarnya.

Melalui video tersebut, dia juga menjelaskan dan memaklumkan bahawa produk penjagaan kulitnya itu mempunyai sijil halal, kelulusan Kementerian Kesihatan, harga berpatutan dan ramai yang telah menjadi testimoni dan menyukai produk tersebut.

“Sebenarnya Kiwi Skincare mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’. Malah ramai testimoni yang ‘love’ produk ini,” katanya.

Dari sudut positif, Nana menganggap tuduhan ini sebagai cabaran dalam meniaga dan menyatakan tidak akan sesekali mengalah atau takut untuk menghadapi situasi seperti ini.

“Saya terima ini dugaan semua yang meniaga. Tak ada challenge, kita tak grow kan?

“Not to just me, I believe cabaran memang ada untuk semua kan? Yang penting kita hadap dan tak takut mahupun mengalah! Never!,” tulisnya diruang kapsyen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Featured Tue, 12 Mar 2019
Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Isu Tuntutan RM1.3 Juta Intan Najuwa: Rizman Ruzaini Enggan Ulas Lanjut, Hormati Proses Mahkamah

Intan Najuwa tuntut RM1.3 juta, Rizman Ruzaini pilih hormati proses mahkamah.

Events Thu, 21 Nov 2019

#xtraVlog: A Trip Up To Resorts World Genting For “Train To Busan” Horror House and The VOID’s “Avengers: Damage Control”

Watch us shot down zombies and screamed to the top of our lungs at Resorts World Genting #TheVOID #TrainToBusan

Featured Tue, 16 Aug 2022

Sepupu OKU Hilang Sejak 13 Ogos, Mizz Nina Mohon Doa & Bantuan Ramai

Allahuakbar 😭 Min harap urusan pencarian sepupu Mizz Nina akan dipermudahkan. Jom sama sama kita doa gais 🥹🥹

error: Content is protected !!