Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 9, 2022 @ 6:20pm

Azri Iskandar Nafi Curang, Mohon Ellie Suriaty Jangan Calarkan Imej Bakal Isteri – “Azra Bukan Punca Kami Bercerai”

Selepas 12 hari bercerai bersama bekas isteri yang juga pelakon, Ellie Suriaty, Azri Iskandar memaklumkan dia kini sudah move on dan mahu ke fasa seterusnya.

Malah, Azri memaklumkan majlis perkahwinan bersama individu yang dikenali sebagai Azra itu akan dilangsungkan pada bulan ini juga.

Memetik laporan Getaran, Azri, 53, bagaimanapun menafikan desas-desus kononnya dia telah menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut sebelum melafazkan cerai talak satu kepada bekas isterinya pada 17 Mei lalu.

“Saya tak curang dengan Ellie. Saya mula kenal Azra pada 29 Mei iaitu lepas cerai dengan Ellie. Bukan sebelum bercerai. 

“Sebelum ini, saya tidak pernah tahu pun tentang Azra. Beberapa hari sebelum mengenalinya, kami ada berhubungan di dalam Whatsapp tentang urusan kerja.

“Urusan kerja itu adalah untuk sebuah projek drama bersiri yang bakal saya jayakan tidak lama lagi dan Azra adalah penulis skripnya. 

“Saya menghubungi Azra kerana memerlukan penjelasan tentang karektor yang bakal saya bawakan dalam drama tersebut. Tetapi, saya tidak sangka pula selepas bercakap dengan dia, saya jadi suka pula pada dia dan teringatkan dia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar Rancang Nikah Bulan Ini, Kenal Bakal Isteri Selepas 12 Hari Cerai – “Saya Nak Move On & Tak Nak Buang Masa..”

ARTIKEL BERKAITAN:“My Love, My Life & My…” – OMG, Romantiknya! Bakal Isteri Beri Ucapan Sweet Sempena Birthday Azri Iskandar

Azri menjelaskan perkara tersebut selepas menerima pelbagai kecaman dalam kalangan warganet sebaik sahaja beliau membuat keputusan mahu mendirikan rumah tangga dan menghantar rombongan merisik sebelum 23 Jun ini.

Selain itu, dia tidak mahu menimbulkan salah faham malah, mengaitkan bakal isterinya itu dalam kontroversi yang berlaku.

“Orang anggap itu punca saya bercerai dengan Ellie. Padahal sebelum bercerai saya tiada hubungan dengan mana-mana wanita dan punca kami bercerai juga tiada kaitan dengan isu curang.

“Saya takut keluarga Azra juga akan salah faham. Lagipun saya sendiri belum berjumpa bapa dan keluarga beliau di Perlis,” tegasnya yang mula mengenali Azra pada 29 Mei lalu.

Sementara itu, dakwaan kononnya yang beliau tidak menghormati tempoh iddah adalah tidak logik kerana tempoh iddah tersebut hanya kepada pihak perempuan.

“Saya sudah move on. Saya memang tak mahu lagi fikir apa-apa. Saya hanya mahu jalan ke depan dan sejak kebelakangan ini, saya sudah kembali dapat semula keghairahan untuk bekerja.

“Fikiran saya lapang. Saya makin fokus dan seronok untuk bekerja,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Terkejut, Saya Tahu Isi Hati Dia Ada Pada..” – Ini Respons Ellie Suriaty Mengenai Cinta Baru Azri Iskandar

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Genap Sebulan Cerai Dengan Ellie Suriaty, Azri Iskandar Umum Bakal Nikah Penulis Skrip

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jan 2021
Trending Fri, 5 Nov 2021

Nak Tonton K-Drama Atau Rancangan Popular? Kelajuan Internet Lebih Pantas Dengan Celcom!

Makin lama makin dah biasa duduk dalam rumah kan? Makin banyak luangkan masa dengan telefon, main game, tengok atau buat content TikTok yang menarik, kerja dari rumah, belajar secara dalam talian, tengok Live Instagram dan […]

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Kontroversi Video ‘Sp*nd*r Merah’ Diungkit Semula, Sharifah Sakinah Tenang Bidas Netizen – “Perjalanan Ini Mendidik Saya Jadi Matang”

Sakinah mengakui setiap pengalaman lalu banyak membentuk dirinya menjadi individu yang lebih matang.

Trending Fri, 22 Mar 2019

Dengan #HeadScarfForHarmony, Laungan Azan Solat Jumaat Di Christchurch Dihadiri Ribuan Rakyat New Zealand

#HeadscarfforHarmony tanda solidariti tragedi tembakan Christchurch

Featured Mon, 25 Oct 2021

“Kami Masih Lagi Buat Persiapan” – Kamal Nafi Kahwin Dalam Masa Terdekat

Pelakon, Kamal Adli menafikan bahawa dia akan berkahwin dengan tunangnya, pelakon Uqasha Senrose dalam masa terdekat. Menurut Kamal semasa diwawancara dalam program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3 (LCK3) yang diadakan secara maya baru-baru ini, dia […]

error: Content is protected !!