Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari June 17, 2022 @ 4:03pm

Netizen Indonesia Dakwa Malaysia Tiru Budaya, Haneesya Hanee Tampil Bersuara!

Baru-baru ini, timbul dakwaan warganet Indonesia yang mengatakan Malaysia ‘claim’ segala budaya negara mereka ketika pelakon Haneesya Hanee memperagakan kostum nasional di pertandingan kecantikan Millennium Universe.

Kontroversi ini muncul apabila Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan, 22, telah menggayakan kostum nasional yang dinspirasikan daripada Ulek Mayang dan Batik Terengganu.

Tidak berdiam diri, Haneesya tampil bersuara mengenai isu yang timbul menerusi akaun Instagram (IG) miliknya dengan mengatakan setiap kali Malaysia menghantar ratu untuk bertanding, pasti akan berlaku masalah terutamanya ketika persaingan yang melibatkan national costume.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

“Saya perasan perkara ini telah berlaku sejak sekian lama. Setiap kali Malaysia hantar Ratu untuk bertanding, terutamanya ketika National Costume ada je masalah macam ni. Biar saya tanya awak satu soalan. Apa gunanya pageantry? Apakah tujuannya? Apakah matlamatnya?” luahnya di ruangan kapsyen.

Tegas Haneesya, dia meminta pihak berkenaan untuk saling menghormati budaya dan tradisi antara satu sama lain.

Dia turut menjelaskan bahawa setiap budaya mempunyai keunikan dan elemen yang tersendiri bagi membezakan setiap satu budaya walaupun pada dasarnya kelihatan hampir sama.

“Anda percaya itu budaya dan tradisi anda. Kami percaya ini adalah budaya dan tradisi kami, Anda mungkin fikir ia kelihatan sama, YEAH SUDAH TENTU KERANA KITA ADALAH JIRAN! Tapi sudah tentu ada perbezaan dia sedikit.

“Sebanyak mana saya menghormati budaya dan tradisi anda, saya harap anda menghormati budaya dan tradisi saya. Perkara paling penting adalah hormat,” ujarnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan luahannya dan ada yang turut menasihatinya untuk endahkan kata-kata negatif seperti itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Ezlynn Kecewa Lagu Kurang Popular?

Mungkin kali ini kurang menerima sambutan, sebaliknya rezeki pada masa akan datang pula.

Trending Wed, 15 Nov 2017

ARE YOU THE ULTIMATE B.I.T.C.H?

Do you think you’re a bitch? Well, I sure hope you are because if this is what being a bitch stands for, I’d gladly be one all the time.

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Awal Ashaari Akui Lebih Selesa Mengacara Daripada Berlakon

Semoga apa yang diimpikan menjadi realiti.

Hiburan Wed, 25 Mar 2026

Didi Astillah Pertahan Bella Astillah Dikritik Gedik, Dakwa Tak Bawa Anak-Anak Jumpa Bekas Suami – “Nak Campur Hidup Orang Tapi Tak Tahu Cerita Sebenar”

individu tersebut menyifatkan Bella seolah-olah gedik kerana sering membawa anak-anaknya bertemu Syed Saddiq.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Remy Ishak Bawa Diri?

Mana abang Remy pergi ni?

Featured Wed, 2 Nov 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Siti Nurhaliza Sakan Menari Tema Bollywood Dengan Datuk K… Sweetnya!

Amboiii sweetnyaa pasangan ni! Bersemut timeline min 🤩🤣

Featured Sun, 2 Jan 2022

Wani Kayrie Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Idaman Bernilai Lebih RM190,000

Penyanyi dan pelakon muda Wani Kayrie, 22, menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah hasil kerja keras yang dilakukannya sebagai anak seni. Wani menerusi hantaran Instagram miliknya memuat naik beberapa gambar bersama kereta barunya yang merupakan […]

familuv Thu, 2 Apr 2020
error: Content is protected !!