Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 22, 2022 @ 5:05pm

[VIDEO] Syamsul Yusof Jawab Spekulasi Bakal Berkahwin Dengan Ira Kaza

Sebelum ini, heboh mengenai desas-desus pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang didakwa bakal berkahwin dengan gadis yang merupakan anak kepada pelakon veteran Kaza Saisi.

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan berita mengenai perkara tersebut sehingga nama Syamsul menjadi buruan media terutamanya ketika tayangan perdana filem terbarunya, Mat Kilau baru-baru ini.

Namun begitu, Syamsul difahamkan tidak hadir kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Susulan itu, pihak Melodi TV3 berkesempatan untuk menghubungi Syamsul pada Ahad lalu secara peribadi, namun mereka tidak dapat merakam sesi perbualan untuk menghormati permintaan Syamsul.

Menurut pengacara rancangan sensasi tersebut, Nabila Huda berkata pihak Melodi TV3 mendengar penjelasan yang keluar daripada mulut Syamsul tanpa rekod dan mendedahkan wajahnya kepada umum.

Perkongsian tersebut dimuat naik di akaun Instagram rasmi Melodi TV3.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Syamsul menegaskan spekulasi yang digempar-gemburkan di serata media sosial adalah tidak benar dan dia tidak akan berkahwin dengan sesiapa pun.

Menerjah ke ruangan komen hantaran Melodi itu, ramai dalam kalangan netizen yang telah menarik lafas lega dan bersyukur sekiranya benar Syamsul tidak akan berkahwin lagi.

Ini kerana mereka meluahkan rasa simpati terhadap isterinya, pelakon jelita Puteri Sarah Liyana dan nasib kedua-dua anak mereka yang masih kecil.

Rata-rata netizen turut memohon gadis yang dikatakan bercinta dengan Syamsul, iaitu Ira Kaza untuk berhenti mengganggu mahligai cinta pasangan sejoli ini agar keadaan mereka tidak akan bertambah keruh.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Wed, 12 Mar 2025

[VIDEO] Amira Othman Mesra Dukung Bayi, Fattah Amin Usik Manja – “Dah Tak Sabar Ke?”

Fattah Amin usik manja Amira Othman tak sabar dapat anak ke

Trending Mon, 20 Nov 2017

Tikam, Kelar Dan Rentap Rahim Sahabat Baik Sedang Hamil 8 Bulan

Tergamak tikam. kelar dan rentap rahim kawan yang sedang mengandung 8 bulan , apa dah nak jadi ni

Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] Asyraf Khalid Beri Hadiah Kereta Tesla Pada Tya Arifin Sempena Anniversary Ke-7 Tahun!

Wahh, semoga terus dimurahkan rezeki buat pasangan bahagia ni 🤩❤️

Hiburan Thu, 24 Jul 2025
error: Content is protected !!