Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 22, 2022 @ 6:49pm

“Jika Ada Rezeki Ke AJL, Saya…” – Khilaf Asmara Nyanyian Shila Amzah Mulai Jadi Siulan

Selepas muncul sebagai pemenang pada Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36), graf seni penaynyi Shila Amzah, 32, kembali memuncak.

Tanpa menunggu lama, Shila melancarkan single Khilaf Asmara yang mana turut dipilih menjadi lagu tema drama Khilaf Asmara yang ditayangkan sepanjang Ramadan lalu di TV3.

Menurut Shila, lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Amylea dan diterbitkan oleh 17 Eleven Music itu mempunyai kekuatan dari segi melodi dan lirik.

“Apa yang membuatkan saya bersetuju untuk bekerjasama sekali lagi dengan Amylea kerana kali ini adalah lagu dan lirik ciptaan daripada Amylea sendiri. Sudah tentu pertama kali mendengar demo lagu ini saya terus jatuh cinta.

“Kelebihan dan kekuatan lagu ini ia lebih pada melodi, dan juga lirik itu sendiri. Sebab pada ketika saya merakamkan lagu ini, saya pun sedang melalui sesuatu dalam hidup saya, jadi itu membuatkan lagu ini dekat dengan lirik lagu ini dan juga melodi lagu itu sendiri,” katanya.

Menariknya juga, Shila dianggap cukup bertuah apabila lagu nyanyiannya menjadi pilihan untuk lagu tema drama sekali gus disifatkan medium terbaik bagi mempromosikan lagi lagu berkenaan.

“Bagi saya, tak kisah kerana apabila mendapat projek lagu untuk OST drama ini saya melihatkan pada trend di Korea juga mereka akan ada spesifik lagu untuk setiap drama.

“Saya suka akan projek yang bukan sekadar ambil lagu dari tempat lain atau artis lain yang bukan buat spesifik untuk drama dan dijadikan OST. Jadi ini yang saya suka,” katanya.

Sebelum lagu Khilaf Asmara, Shila juga pernah bekerjasama dengan Amylea selaku penulis lirik menerusi lagu Tiada Dirimu.

Tentu saja, menerusi lagu Khilaf Asmara ini peminat turut meletakkan harapan tinggi agar lagu itu dipersembahkan pada pentas AJL.

Mengulas mengenai perkara itu, Shila meletakkan semuanya pada rezeki Allah SWT.

“Jika ada rezeki ke AJL, semestinya saya nak dan saya harap peminat akan doakan dan terus undi lagu ini di semua corong radio. Saya berharap jika lagu ini tercalon di dalam carta Muzik Muzik, saya pinta untuk peminat dapat mengundi lagu ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Aug 2019
Selebriti Sun, 17 Apr 2022

Suki Low Kembali Dengan Single Terbaharu, Nelangsa

Lagu OST filem pertama buat Suki Low

Hiburan Tue, 20 May 2025

[VIDEO] Tersasul Gelar Isteri Fattah Amin, Isteri Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Amira Othman

Datin Shahida mohon maaf secara terbuka tiada maksud gelar Amira Othman isteri Fattah Amin

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Penyanyi Baharu Syabil Dapat Inspirasi Menerusi Lagu Justin Bieber

Muncul dengan single berjudul L.O.V.E, penyanyi baharu, Syabil menjelaskan idea lagu terbabit terinspirasi daripada lagu penyanyi antarabangsa terkenal, Justin Bieber. Bagi pemilik nama Syabil Zulkufli ini, lagu cinta yang sering ditampilkan Bieber cukup jujur dan […]

Hiburan Mon, 13 May 2019

林志炫自夸声音不像53岁!还让粉丝叫他「男神」

暌违3年再次登上云顶云星剧场开唱的林志炫自夸声音不像53岁,还让粉丝叫他「男神」。

Hiburan Sat, 8 Mar 2025
Hiburan Sun, 11 Aug 2024
error: Content is protected !!