Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari June 24, 2022 @ 2:35pm

“Takkan Lupa Asal Usul” – Wings Bakal Adakan Konsert Tour Untuk Marhaen?

Kumpuan rock lagenda, Wings menegaskan bahawa mereka tidak pernah melupakan peminat mereka dalam kalangan marhaen walaupun mereka sering mengadakan persembahan di tempat ternama sejak kebelakangan ini.

Vokalis kumpulan, Datuk Awie berkata, mereka perlu untuk melakukan kelainan dan perubahan dalam karier, namun sesekali tidak pernah mereka lupakan asal usul malah istilah tersebut tidak wujud dalam kamus Wings.

“Satu ketika kami memandu Perodua Kancil, tiba-tiba kami dihadiahkan dengan Rolls Royce. Adakah kami nak menolak pemberian itu? Pasti kami akan pandu Rolls Royce itu untuk merasa kenikmatannya. Selepas 37 tahun dalam industri muzik, ramai yang kata adakah Wings lupa pada mereka yang menyokong di funfair?

“Jawapannya tidak, kerana kami juga rakyat marhaen. Cuma ketika ini peluang datang dan ruang yang diberikan dalam peringkat yang berbeza,” katanya.

Sehubungan itu, Awie turut memaklumkan bahawa mereka dalam perancangan untuk membuat konsert tour di seluruh Malaysia yang dijangka akan diadakan pada tahun depan dan akan memastikan perancangan itu berlaku.

“Alhamdulillah, tapi Wings takkan lupa asal usul. Insya-Allah tahun depan kami akan buat tour seluruh negara termasuk ke Felda, dewan-dewan kecil sekitar 1,000 penonton untuk ‘gig’ sehinggalah ke peringkat konsert medium dan seterusnya konsert besar di Stadium Bukit Jalil atau mana-mana tempat terpilih.

“Insya-Allah perancangannya tahun depan dan saya pastikan benda ini berlaku. Jangan risau, Wings tak akan lupa dari mana kami datang,” ujarnya kepada XTRA.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 54, menyatakan mereka bangga dengan perjuangan Wings selama ini sehingga mendapat iktiraf untuk melakukan persembahan di tempat berprestij dan bertaraf antarabangsa ketika ditemui di sidang media Showcase Wings One Night Only Live In Kuching & Awie Romantika Kota Kinabalu di Royale Chulan Hotel, Bukit Bintang

Kumpulan Wings turut dianggotai oleh Eddie (bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar).

Terdahulu, Wings mencatat rekod apabila berjaya habis menjual tiket konsert dalam tempoh yang singkat bagi konsert yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP, KLCC, pada 14 dan 15 Julai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Dec 2018

Bakal Doktor Juara Gadis Panca MyBeauty 2018

Tahniah Husna, you deserve it girl!

Hiburan Fri, 9 Aug 2024

Netizen Minta Shuib Lebih Berilmiah, Henti Sebar Aib Dalam Dol’s Podcast

Mungkin Shuib dan Dol’s podcast boleh ambil input dari pandangan netizen ni

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Selebriti Tue, 17 Oct 2023

“Ustaz Zaman Kini Ada Yang Aneh-Aneh” – Isu Akad Nikah Tak Sah, Fasha Sandha Pertahan Sabri Yunus, Angeline Tan

Diorang dah bernikah. Apahal kamu nak menuduh-nuduh pula ni – Fasha Sandha

Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Sat, 17 Mar 2018

香蕉哥哥、草莓姐姐结婚!秘恋3年冲绳办婚礼

恭喜香蕉哥哥和草莓姐姐要结婚了!秘密交往了3年时间,小俩口近来宣布喜讯,将于19日在日本冲绳举行婚礼;这是东森YOYO家族首对哥哥、姐姐组成的夫妻档,消息一出令众人又惊又喜!

error: Content is protected !!