Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 30, 2022 @ 6:08pm

Selepas ‘Dengarkanlah, Disepanjang Malam Aku Berdoa’, Penyanyi Indonesia Rakam Semula Lagu Tiara… Dah Raih 22 Juta Tontonan!

Selepas sukses dengan lagu Cinta Sampai Mati, Raffa Affar, penyanyi dari Jawa Barat Indonesia merakam ulang (cover) lagu Tiara yang pernah menjadi siulan pada tahun 90-an.

Tiara merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Datuk M. Nasir dan dipopularkan oleh kumpulan Kris, menjadi single terkini Raffa.

Apabila ditanya kenapa memilih Tiara berbanding beribu lagu malar segar daripada negara jiran Malaysia, Raffa mempunyai alasan tersendiri.

“Lagu ini dekat dalam hati saya dan saya rasa bahagia apabila dapat menyanyikan lagu ini. Lagu Tiara yang dahulunya adalah lagu slow rock, telah dibawakan dengan cara dan gaya saya sendiri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengarkanlah, Di Sepanjang Malam Aku Berdoa… Kenali Pemuda Viral Penyanyi Lagu ‘Cinta Sampai Mati’

Single Tiara ini merupakan single kedua hasil kolaborasi di antara Hayat Kreatif Studio dengan Botram Media Entertainment. Manakala, hakcipta lagu ini adalah di bawah Luncai Emas Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Hayat Kreatif Studio, Aidilhayat Omar berkata, lagu Malaysia menjadi pilihan untuk dirakamkan semula oleh penyanyi Indonesia.

“Kini memang menjadi satu trend lagu-lagu Malaysia dirakam ulang oleh penyanyi-penyanyi Indonesia. Rupanya tanpa disedari, pengaruh lagu-lagu malar segar daripada pencipta-pencipta negara ini, telah pergi jauh sehingga ke negeri-negeri seberang.

“Hayat Kreatif Studio bertanggungjawab dalam pengedaran dan promosi untuk lagu nyanyian Raffa di Malaysia dan kami yakin pemilihan lagu Tiara adalah tepat. Setelah Raffa, ramai yang sudah mula rakam ulang lagu Tiara di Indonesia,” katanya.

Dengan kolaborasi ini, Hayat Kreatif Studio juga berharap trend merakam ulang lagu-lagu malar segar popular seperti Tiara ini akan berterusan kerana ia dapat memperkenalkan kembali lagu-lagu lama kepada generasi muda hari ini.

Aidilhayat berterima kasih kepada M. Nasir dan Luncai Emas atas kebenaran yang diberikan untuk merakam ulang Tiara dan proses perlesenan hak cipta telah dipermudahkan oleh pihak Luncai Emas.

Disiarkan di saluran YouTube pada 6 Mei lalu, lagu Tiara nyanyi Raffa kini meraih lebih 22 juta tontonan dan berada di posisi ke-73 Global Top Music Video di YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Eina Azman Bawa Pembantu Menunaikan Umrah

Semoga peroleh umrah yang mabrur!

Featured Wed, 17 Nov 2021

Bina Semula Simpanan, Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun?

Ramai Bumiputera yang terkesan ketika PKP dilaksanakan

Drama Fri, 13 Mar 2026

“Adulting Tak Mudah!” – ‘FYP Macam VIP’ Bongkar Realiti Dunia Kerja Gen Z

Sedar tak sedar, semakin ramai Gen Z yang sudah memasuki alam dewasa dan alam pekerjaan. Dalam erti kata lain, Gen Z juga tidak terlepas dengan pelbagai cabaran kehidupan seharian. Realitinya, mereka juga perlu urus kerja, […]

Hiburan Mon, 9 Oct 2023

Kolaborasi Insomniacks, Nabila Razali Dalam Cerita Kita

Cerita Kita merupakan single ke-6 bagi Insomniacks, manakala single ke-10 bagi Nabila Razali.

Hiburan Thu, 16 Jan 2025
Featured Wed, 15 Apr 2026

“Kalau Nak Anak Kena Cari Suami Baru Dulu, Yang TTC Tu Terima Kasih Kerana Masih Bertahan” – Aprena Manrose

Isu zuriat, Aprena Manrose mengakui dia kini stabil dan berasa lebih bersyukur.

error: Content is protected !!