Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir July 3, 2022 @ 3:03pm

“Dengar Macam Kelakar, Tapi Saya Serius” – Mudah Lupa, Nabila Huda Minta Tip Netizen Pulihkan Ingatan

Pelakon Nabila Huda bimbang dengan keadaan dirinya yang semakin mudah lupa untuk mengingati sesuatu perkara.

Menerusi perkongsian di Twitter milik Nabila, dia memohon bantuan pengikutnya tentang rawatan yang boleh dilakukan bagi membantu memulihkan ingatan.

“Saya rasa otak dah rosaklah. Sekarang jadi susah nak ingat. Letak telefon tak ingat. Nak cakap apa lupa. Makin teruk.

“Nak makan kismis dah terlambat pula. Siapa tahu makanan tambahan apa yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?

“Dengar macam kelakar bunyinya tapi saya serius. Saya takut kalau cepat lupa, saya dah tak boleh ingat skrip dan dialog. Musnahlah karier saya. Tolong bantu saya,” tulisnya.

Kemudian, dia berkongsi beberapa amalan yang boleh dilakukan selepas membuat kajian dan menerima banyak cadangan daripada teman rapat dan pengikutnya.

“Jadi, saya dah pilih mana yang terbaik buat saya dan kalian juga boleh cuba juga kalau ada masalah yang sama,” ujarnya.

Menurutnya, pada waktu bangun tidur malam, ambil buah-buahan seperti kurma, buah zaitun, buah fig dan segelas air zam zam serta amalkan doa yang dicadangkan oleh ustazahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Feb 2021

Media Prima Catat Keuntungan Untuk Dua Suku Tahunan Berturut-Turut

Media Prima Berhad hari ini mengumumkan kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM18.1 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2020. Memperbaiki kerugian selepas cukai berjumlah RM106.3 juta yang dicatatkan pada suku keempat perbandingan, […]

Featured Tue, 12 Apr 2022
Trending Thu, 15 Apr 2021
Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Single ‘Bila Kau Datang Menangis’ Didakwa Tiru Lagu ‘Beetlebum’ Kumpulan Blur, DUKES Beri Penjelasan

Betul ke lagu Bila Kau Datang Menangis nyanyian DUKES tiru lagu kumpulan Blur yang berjudul Beetlebum?

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Ziana Zain sudah ‘move on’!

Ziana memberitahu, dia  perlu  kuat dan meneruskan kehidupan yang telah direncanakan oleh Allah.

Trending Mon, 1 Oct 2018
error: Content is protected !!