Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 13, 2022 @ 1:06pm

Tidak Setuju Dengan Terma Penyelesaian… Kes Saman Fitnah Terhadap Awal Ashaari Gagal Selesai Melalui Mediasi

Susulan kes melanggar kontrak melibatkan pengacara, Awal Ashaari sejak 2021, Peguam Sareekha Roslyna Mohd Rosly yang mewakili sebuah syarikat pengubahsuaian rumah memaklumkan, kes tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan.

Ia selepas pihak plaintif (Naz Empire) dan pihak Awal Ashaari (defendan)gagal diselesaikan melalui proses mediasi kerana kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian.

“Kedua-dua pihak telah memfailkan dokumen berkaitan perbicaraan termasuk pernyataan saksi. Pihak plaintif akan mengemukakan dua saksi termasuk Pengarah, Naz Empire iaitu Azrianna Alyssa Azmil manakala, Awal Ashaari akan memberikan keterangan bagi pihaknya selaku defendan,”katanya.

Sementara itu, Sareekha memaklumkan tarikh perbicaraan semula kes dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache adalah pada 4 Ogos 2022.

ARTIKEL BERKAITAN:Naz Carpentry Saman Awal Ashaari: Perbicaraan Kes Langgar Kontrak Bermula Hari Ini

ARTIKEL BERKAITAN:Awal Ashaari Fail Tuntutan Balas Ganti Rugi Sebanyak RM750,000

Terdahulu, pada 7 Julai 2021, pihak mahkamah mencadangkan agar kes saman ini dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi bagaimapun sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian maka kes akan diteruskan dengan perbicaraan.

Untuk rekod, pihak Naz Empire telah memfailkan saman sebanyak RM3 juta terhadap Awal Ashaari kerana didakwa menjatuhkan imej, jenama dan reputasi serta pemilik syarikat terbabit di media sosial.

Manakala, siri fitnah tersebut berlanjutan terhadap plaintif menerusi laman sosial Instagram, Facebook dan siaran Youtube atas nama ‘SchAwal’ bagi tujuan yang sama.

Justeru itu, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari turut memfailkan saman balas pada 30 Disember 2020 dengan menuntut ganti rugi RM750,000 daripada syarikat berkenaan kerana kegagalan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian kediamannya.

ARTIKEL BERKAITAN:Awal Ashaari Didakwa Melakukan Khianat Merosakkan Harta Benda

ARTIKEL BERKAITAN:Awal Ashaari Tampil Beri Penjelasan Tentang Isu ‘Khianat’ – “Terlupa Bayar Yuran Selenggara, Mengaku Alihkan Palang ‘Gate’ Dengan…”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Persoal Mengapa Awal Ashaari Digari & Siti Bainun Tidak, Peguam Hafidzah Hassan Tampil Jelaskan 

 

 

Sumber: Bernama, BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Jul 2025

Hisyam Hamid Tak Suka Bazir Masa Bercinta – “Kalau Serius, Ikhlas, Just Kahwin”

Hisyam Hamid mengaku dia bukanlah seorang yang suka membazir masa terutamanya mengenai soal jodoh.

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

EXO vs. BTS: FIFA World Cup 2018 Battle a Draw

The conclusion is…neither won nor lost.

Hiburan Thu, 29 Aug 2019
Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] Tak Guna ‘Cable’ Bapa! Danish Hakim Tetap Prinsip Elak Babak Bersentuhan & Jaga Solat Awal Waktu

Wowww, Danish Hakim beranikan diri sertai program realiti Fit For Action! Cayalah, teruskan legasi Norman Hakim & Abby Abadi dalam bidang lakonan gituuu 🤩 🤩

Hiburan Sun, 15 Apr 2018

丁当自认容易追到手「只是没人敢约我吃饭」

配合全新巡演《想恋一个爱》一恋十年世界巡回演唱会,丁当日前来马进行歌迷见面会。被主持人问及感情状况?她直言自己是个蛮好追的女生,且还打趣的说“大家都不够勇敢,在马来西亚都没有人约我吃饭。”

familuv Tue, 25 Dec 2018
Hiburan Sun, 23 Feb 2020
Trending Wed, 14 Nov 2018

Exam SPM Tahun Hadapan Mungkin Akan Diawalkan!

Rancangan ini melihat kepada faktor logistik, keadaan cuaca dan kebajikan pelajar.

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Diugut Netizen Gara-Gara Blackpink!

Sebagai peminat apa salahnya post gambar macam tu kan?

error: Content is protected !!