Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 26, 2022 @ 12:56pm

[VIDEO] Filem Mat Kilau Raih RM90 Juta, Ini Ucapan Puteri Sarah Pada Suami – “Tahniah Mohd Syamsul, Saya Tahu…”

Mahligai cinta yang terbina antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah tersohor Syamsul Yusof sedang dilanda badai.

Meskipun rumah tangga mereka diuji, Puteri Sarah bersikap matang dan tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pengarah dan penerbit filem Mat Kilau atas kejayaan meraih kutipan sebanyak RM90 juta.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Didakwa Tolak Perceraian Akibat ‘Kekayaan’ Syamsul, Pengurus Tampil Bersuara – “Dia Tak Heran Pun, Kedudukan Sekarang Hasil.…”

Sebagai seorang isteri yang sentiasa menyokong kerjaya suami, Puteri Sarah berkata dia menjadi saksi melihat kepayahan yang dilalui kru dan team Mat Kilau semasa proses penggambaran filem tersebut.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada Mohd Syamsul dan kepada team Mat Kilau.

“Saya tahu macam mana proses mereka shooting dulu, kalau nak ikutkan saya sedang mengandungkan anak kedua, Sumayyah.

“Saya pun ada pergi set untuk beri sokongan, jadi saya tahu macam mana proses-proses yang dilakukan semasa penggambaran ada masalah di set dan proses suntingan pun dibuat semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

“Tahniah kepada semua pelakon, team dan terutamanya kepada kru yang paling penat sekali dan juga kepada pengarah. Alhamdulillah syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa.

“Kepada penerbit, Kembara Studios yang bakal dapat RM90 juta itu, tahniah!” kata Puteri Sarah.

Sementara itu, Puteri Sarah turut disoal sama ada dia bakal mendapat sebahagian daripada hasil kutipan Mat Kilau.

“Kalau saya Studio Kembara, saya dapat,” ujarnya ringkas sambil tertawa.

Puteri Sarah ditemui ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading bertempat di Avante Hotel Bandar Utama pada Isnin.

Terdahulu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencipta sejarah apabila berjaya meraih hasil kutipan RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan sekaligus menjadi filem tertinggi di negara ini mengatasi Avengers: End Game.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ini Reaksi Padu Puteri Sarah Liyana Bila Ira Kaza Didakwa Masuk Live Instagram… Memang Win!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Siapa Ira Kaza To You?” – Masih Sayang Puteri Sarah, Soalan Cepumas Pak Nil Buat Syamsul Yusof Terdiam

Artikel Berkaitan: “Lunch Bersama Menantu Saya, Isteri Syamsul Yusof” – Kapsyen Ibu Mertua Puteri Sarah Curi Perhatian, Netizen Harap Ira Kaza Sedar

Artikel Berkaitan: “Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Bermaksiat 4 Tahun…” – Puteri Sarah Liyana ‘Sekolahkan’ Netizen Mulut Puaka

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Aug 2024

Permohonan Perintah Injunksi Interim Puteri Sarah Terhadap Nazatul Nazira Diluluskan

Tak ada lagi saling berbalas kenyataan di media sosial

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

TAHNIAH! Sasqia Dahuri Kini Milik Asyraff Khan

Tahniah Sasqia dan suami, cantik sangat gambar-gambar kahwin mereka!

Hiburan Tue, 3 Oct 2023

Lalui Pengalaman Pahit Masa Kecil, Janna Nick Tebus Luka Zaman Kanak-Kanak Dalam Teater?

Kita tak dapat mengubah masa silam, tapi kita boleh ubah nasib kita sekarang

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Ariana Grande, a Racist Plagiarist?

A lawsuit might be on Little Red’s next track.

Trending Fri, 17 Dec 2021

Idris Khan & Intan Najuwa Bakal Hangatkan Drama Bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini Di Slot Samarinda TV3

Menyusuli Cukup Derita Itu, Saat Kau Takluk Cinta Ini akan mengisi slot Samarinda bermula 20 Disember 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang […]

Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Events Wed, 20 Feb 2019

DFKL2019 Kini Lebih Positif

Drama Festival Kuala Lumpur DFKL (2019) pada tahun ini tampil lebih menarik dengan tema ‘Positif Selalu’ dengan memperkenalkan duta DFKL 2019 iaitu Janna Nick dan Izzue Islam. 

Featured Wed, 1 Apr 2020

Manfaatkan fasa ke-2 PKP sebaik mungkin

Set minda agar hargai masa duduk di rumah

error: Content is protected !!